Bab 10 - Yang Hilang Bukan Cinta
Semuanya berubah... sekelip mata. Hari itu menjadi titik hitam yang takkan pernah hilang dari ingatan Lydia.
Setelah Lydia tiba di rumah dari Langkawi hari itu, terjadi pertengkaran hebat di antara Lydia dan ayahnya. Ibu Lydia dengan menjadi orang tengah menenangkan kedua anak beranak itu. Hampir saja Pak Harun mengangkat tangan untuk menampar anaknya kerana puteri kesayanganbta itu seolah-olah sudah hilang akal disebabkan lelaki tepi jalan itu.
Air mata Lydia tidak berhenti mengalir. Hisham, lelaki yang dia cintai, luka parah dibelasah orang-orang ayahnya — hanya kerana lelaki itu tidak berasal dari keluarga kaya-raya seperti mereka.
Dia terduduk di ruang tamu, wajah ayahnya, Pak Harun, masih terpahat jelas dalam fikirannya. Kata-kata dingin lelaki itu menusuk hati.
"Kamu tetap akan pulang ke Indonesia esok, Lydia. Ini bukan rundingan. Ini perintah!"
Lydia menggeleng keras, menahan tangis. "Tidak, Ayah... Lydia tidak akan tinggalkan Hisham!"
Pak Harun mendekati, wajahnya keras. "Hisham? Lelaki penjual sate itu? Kamu fikir dia layak untuk kamu? Dengar sini, Lydia... kalau bukan kerana aku masih punya rasa sedikit timbang rasa, sudah lama dia..."
"Ayah! Ayah nak bunuh Hisham?" Lydia menjerit, dadanya sesak. Tanpa menunggu jawapan, dia berlari masuk ke bilik dan menghempas pintu sekuat hati.
Tangannya menggigil. Matanya liar mencari sesuatu. Di meja soleknya, pisau pemotong kertas kecil terletak di atas kotak kapas mukanya.
Dia tidak fikir panjang.
Pisau itu diambil. Dia duduk di lantai, air matanya deras mengalir.
"Kalau ini saja caranya, kalau ini yang Ayah mahu..." bisiknya perlahan.
Garis merah mula terbentuk di pergelangan tangannya. Darah mengalir, menitik ke lantai. Pandangannya kabur... tubuhnya lemah... dunia perlahan-lahan menjadi gelap.
---
Ibu Marini mengetuk pintu bilik Lydia beberapa kali. "Lydia? Sayang, buka pintu ni. Kita bincang elok-elok..."
Tiada jawapan.
Matanya terpandang tompokan merah yang mengalir dari bawah pintu.
"Ya Allah!"
Dia menjerit sekuat hati. Pintu diketuk bertalu-talu sebelum Pak Harun datang menendang pintu itu hingga terbuka.
Lydia terbaring di atas lantai, wajahnya pucat lesi, darah membasahi lantai. Ibu Marini terus meluru mendapatkan anaknya sambil menangis.
"Cepat! Bawa dia ke rumah sakit!"
---
Dalam masa yang sama, di rumah Hisham...
Tubuhnya lemah, penuh luka dan darah kering. Dia ditinggalkan begitu sahaja di halaman rumah setelah 'dihukum'. Dengan sisa tenaga, Hisham merangkak naik ke tangga rumah.
Pintu diketuk perlahan. Dia tidak mampu bersuara. Hanya dentuman pintu dan tangisan perlahan yang kedengaran.
Puan Sarimah membuka pintu. Melihat keadaan anaknya, dia menjerit sebelum tubuhnya sendiri rebah ke lantai.
Mariam Yang turut berada di rumah itu terkejut bila dia dengar suara jeritan dan bising-bising di ruang tamu. Cepat-cepat dia keluar dari ruang dapur dan menuju ke arah ruang tamu. Mariam menjerit melihat Mak Imah terbaring di atas lantai dan Hisham yang luka parah dan lebam dimuka, berusaha untuk menyedarkan ibunya.
Tanpa berlengah, Mariam meminta bantuan Makcik Bedah untuk mengangkat Mak Imah Dan Hisham masuk ke dalam kereta dan menghantar mereka ke hospital.
Beberapa jam kemudian, Mariam duduk termenung di tepi katil hospital. Matanya sayu memandang wajah tua Mak Long yang sedang nyenyak tidur selepas diberi ubat dan suntikan.
Hisham masih berada di bahagian kecemasan untuk menerima rawatan. Nasib baik Hisham tidak mengalami luka dalaman yang parah. Dia cuma menerima jahitan di kepala dan lengannya. Kata doktor luka di lengannya sungguh dalam dan perlu dijahit.
Doktor mengesahkan tekanan darah Mak Long tinggi. Dia perlu ditahan beberapa hari lagi.
---
Hari-hari selepas itu seperti mimpi yang kabur.
Lydia dan Hisham... akhirnya dinikahkan. Bukan dengan kemewahan atau restu sepenuhnya. Tetapi dengan ugutan dan air mata.
Lydia nekad. Jika mereka dipisahkan lagi, dia sanggup ulangi perbuatannya. Dia sanggup membunuh diri.
Akhirnya, Pak Harun mengalah. Dia tidak mahu aib lebih besar menimpa keluarganya.
Hari akad nikah itu berlangsung sederhana. Hanya keluarga terdekat hadir. Puan Sarimah masih di hospital, Mariam setia menemaninya.
---
Selesai akad nikah, Lydia duduk di atas katil, memandang telefon di tangannya. Jari-jemarinya bergetar, hatinya berdebar. Akhirnya, dia menghubungi Mariam.
"Mariam..." suaranya perlahan, masih tersekat-sekat. "Kami... kami sudah sah, Mariam. Aku isteri Hisham sekarang."
Sunyi seketika.
Di hujung talian, Mariam menghela nafas panjang.
"Alhamdulillah, Lydia... aku gembira dengar berita ni... tapi aku juga takut."
"Takut?"
"Aku takut, apa yang akan terjadi pada Hisham selepas ini. Dengan ayah kamu, dengan semua yang berlaku..."
Lydia terdiam. Hatinya sayu. Dia tahu, jalan mereka masih panjang... dan penuh onak duri.
Comments
Post a Comment