Posts

Showing posts from June, 2025

Ban 16 - Yang Hilang Bukan Cinta

Yang Hilang Bukan Cinta Sudah lama Sarimah tidak menerima berita yang benar-benar menggembirakan hatinya. Jadi bila  anak saudaranya itu memberitahu khabar bahagia tentang keluarga Dr.Ridzuan nak masuk meminang, wajah Sarimah kembali berseri. "Cepat-cepat call emak kau dan beritahu berita gembira ni pada dia orang kat sana" kata Sarimah kepada Mariam sambil tersenyum gembira. Mariam segera mendail nombor Telefon ibunya di New York. Panggilan segera disambut dengan salam dari ibunya. "Waalaikumusallam Mak.... Mak apa khabar? Sihat?" Tanya Mariam pada ibunya kemudian dia ketawa kecil. "Mak Long sihat....dah ada doktor peribadi" kata Mariam sambil ketawa" Dr.Ridzuan lah ..." Sambung Mariam dan ketawanya pecah lagi.  Mak.....yam nak bagi tau ni....Ridzuan akan hantar rombongan meminang minggu depan. Kalau boleh Yam nak mak, ayah, adik dan Hisham balik, hadir sama, ya?" suara Mariam di hujung talian kedengaran ceria. Sarimah tersenyum, dadanya te...

Bab 15 - Yang Hilang Bukan Cinta

Yang Hilang Bukan Cinta  New York — kota yang tidak pernah tidur. Di celah-celah hiruk-pikuk kota besar itu, Hisham perlahan-lahan membina semula dirinya yang runtuh. Dia kini bekerja di restoran milik Pak Rahman — Spice Lane, restoran mewah yang menjadi kebanggaan komuniti Melayu di sana. Tiga bulan selepas Hisham menjejakkan kaki ke New York, dia dilantik sebagai Pengurus Restoran menggantikan pengurus lama, Encik Adam, yang memilih untuk bersara dan kembali ke kampung halamannya di Maldives. Kerjaya Hisham semakin stabil. Namun ketenangan keluarga Rahman diuji dengan musibah yang sungguh berat dan mengaibkan. Sofia, si bongsu yang menjadi harapan keluarga, pulang ke rumah dengan air mata dan berita yang meruntuhkan maruah mereka — dia mengandung. Teman lelakinya, yang menjanjikan bulan dan bintang, hilang tanpa jejak sebelum Sofia sempat memberitahu tentang kandungannya. Pak Rahman dan Hanum tergamam, marah, sedih, kecewa… semuanya bercampur-baur. "Ayah… maafkan Sofie…" ra...

Bab 14 - Yang Hilang Bukan Cinta

Yang Hilang Bukan Cinta  Sejak berita tragis itu singgah ke dalam hidup mereka, keadaan Hisham semakin merosot. Lelaki itu seolah-olah bukan lagi Hisham yang dulu. Dia mengurungkan diri dalam bilik, menutup rapat pintu, enggan berjumpa sesiapa. Makanan dan minuman yang diletakkan di hadapan pintu biliknya pun tidak pernah disentuh. Sarimah hanya mampu menangis dalam diam. Setiap malam dia bersolat hajat, bermunajat agar Allah memulihkan anak tunggal kesayangannya. --- Kepulangan Rahman dan isterinya, Hanum, dari New York sedikit sebanyak memberi ruang untuk Puan Sarimah melepaskan rasa. Setiap malam, Sarimah duduk di ruang tamu, bercerita dan meluahkan segala kesedihannya kepada Rahman, adik angkat yang dijaganya sejak bayi, dan Hanum, iparnya yang penyayang. "Aku dah tak sanggup tengok Hisham macam ni, Man…" suara Sarimah tersekat-sekat, air matanya laju mengalir. "Dia tak makan, tak bercakap… macam dah hilang jiwa dia…" Rahman menggenggam tangan kakaknya, wajahnya...

Bab 13 - Yang Hilang Bukan Cinta

Yang Hilang Bukan Cinta  Sebulan sudah berlalu sejak Lydia dan anak mereka, Muhammad Daniel, terbang ke Indonesia. Namun sehingga hari ini, tiada satu pun khabar berita yang diterima Hisham. Setiap hari dia menunggu, setiap malam dia menanti… namun telefon tetap sunyi. Nombor Lydia tidak dapat dihubungi, dan seolah-olah semua yang berkaitan dengan keluarga mertuanya hilang tanpa jejak. Hisham hanya mampu menghabiskan hari-harinya dengan rawatan fisioterapi di hospital, berkat bantuan Mariam dan ibunya, Puan Sarimah. Tubuhnya semakin susut, wajahnya semakin cengkung, namun hatinya tetap menggenggam harapan. Petang itu, selepas sesi fisioterapi, Hisham duduk di kerusi roda di sudut ruang menunggu farmasi hospital, menanti ubatnya siap. Seorang lelaki berbadan tinggi melangkah menghampiri, senyumannya terpancar jelas di wajah kacaknya. Kulitnya putih bersih, gaya rambutnya kemas, meski berpakaian santai dengan kemeja polo dan seluar jeans berpotongan kemas, penampilannya tetap memanca...

Bab 12 - Yang Hilang Bukan Cinta

Yang Hilang Bukan Cinta  Suasana pagi itu begitu kelam-kabut. Lydia dan Hisham bergegas ke sana-sini, membuat persiapan terakhir sebelum berangkat ke Indonesia. Selepas mendapat berita dari Pak Harun tentang keadaan nenek Lydia yang semakin tenat, mereka tiada masa untuk berlengah. Hisham memandu ke pejabat imigresen, ditemani Lydia dan anak kecil mereka, Muhammad Daniel. Walaupun letih dan serabut, Lydia cuba berlagak tenang. Dia tahu, urusan passport dan segala keperluan perjalanan perlu diselesaikan secepat mungkin. Di pejabat imigresen, mereka mengisi borang, mengambil gambar, dan melunaskan segala urusan yang diperlukan. Daniel yang keletihan tertidur di pangkuan Lydia. "Alhamdulillah, selesai juga," Hisham menarik nafas lega sebaik urusan passport selesai. "Lydia, tunggu sini ya. Abang ambil kereta." Lydia mengangguk sambil memeluk Daniel yang masih lena. Dia berdiri di bawah teduhan pohon besar di hadapan pejabat imigresen, matanya memerhati Hisham yang berja...

Bab 11 - Yang Hilang Bukan Cinta

Bab 11 Yang Hilang Bukan Cinta  Langit petang itu mendung, namun di hati Lydia, tiada apa yang mampu meredupkan semangatnya. Walaupun hidupnya kini tidak lagi semewah dulu, dia bahagia — bahagia kerana dia hidup bersama lelaki yang dicintainya. Setelah berkahwin dengan Hisham, Lydia membuat keputusan besar — meninggalkan pengajian di universiti. Bukan kerana dia tidak mahu belajar, tetapi kerana dia tidak punya pilihan. Ayahnya, Pak Harun, menghalang semua bentuk bantuan. Biasiswa yang dijanjikan ditarik balik. Malah, Marlyn Chic Boutique yang dihadiahkan kepadanya sempena ulang tahun kelahiran ke-21, juga diambil semula. "Kamu pilih lelaki itu, Lydia, jadi kamu juga pilih jalan susah," itu kata-kata terakhir ayahnya sebelum talian diputuskan. Lydia telan segalanya. Luka di hati, dia simpan dalam-dalam. Demi cintanya kepada Hisham. Mereka berdua kini mengusahakan gerai satay kecil yang dulunya milik Hisham sahaja. Setiap hari mereka sama-sama memerap daging, mencucuk satay, m...

Bab 10 - Yang Hilang Bukan Cinta

 Semuanya berubah... sekelip mata. Hari itu menjadi titik hitam yang takkan pernah hilang dari ingatan Lydia. Setelah Lydia tiba di rumah dari Langkawi hari itu, terjadi pertengkaran hebat di antara Lydia dan ayahnya. Ibu Lydia dengan menjadi orang tengah menenangkan kedua anak beranak itu. Hampir saja Pak Harun mengangkat tangan untuk menampar anaknya kerana puteri kesayanganbta itu seolah-olah sudah hilang akal disebabkan lelaki tepi jalan itu.  Air mata Lydia tidak berhenti mengalir. Hisham, lelaki yang dia cintai, luka parah dibelasah orang-orang ayahnya — hanya kerana lelaki itu tidak berasal dari keluarga kaya-raya seperti mereka. Dia terduduk di ruang tamu, wajah ayahnya, Pak Harun, masih terpahat jelas dalam fikirannya. Kata-kata dingin lelaki itu menusuk hati. "Kamu tetap akan pulang ke Indonesia esok, Lydia. Ini bukan rundingan. Ini perintah!" Lydia menggeleng keras, menahan tangis. "Tidak, Ayah... Lydia tidak akan tinggalkan Hisham!" Pak Harun mendekati, ...

Bab 9 - Yang Hilang Bukan Cinta

 Yang Hilang Bukan Cinta  Langit Langkawi kelabu, seperti memahami apa yang sedang bersarang di hati Lydia. Sejak pagi dia dan Mariam sibuk menguruskan urusan perniagaan butik mereka, bertemu pelanggan dan pembekal di sini. Sepatutnya malam ini, mereka boleh berehat. Tapi segala-galanya musnah sebaik sahaja Lydia menerima mesej dari ayahnya. Lydia terduduk di atas katil hotel, tangan menggeletar saat membuka gambar demi gambar yang dihantar. Mariam yang baru keluar dari bilik air memandang pelik, langkahnya terhenti bila melihat wajah pucat Lydia. “Lydia… kenapa ni?” tanya Mariam, suaranya risau. Lydia tidak menjawab. Tangannya longlai, matanya terpaku pada skrin telefon. Mariam mendekat. Saat dia melihat gambar di skrin, wajahnya turut berubah. “Astaghfirullahalazim… ni… ni gerai Hisham? Siapa buat ni?!” Mariam terus teringat kepada sepupunya. Apa yang jadi pada Hisham???  Lydia memandang Mariam dengan mata berkaca. Air mata yang ditahan tumpah jua. “Ayah…” hanya itu yan...

Bab 8 - Yang Hilang Bukan Cinta

Bab 8 Yang Hilang Bukan Cinta  Hisham bersandar di bangku kayu depan gerainya. Semua persiapan untuk berniaga malam itu dah siap. Bau arang satay yang belum dinyalakan masih lekat di udara. Matanya melirik ke arah seorang lelaki yang sedang santai di meja sebelah — memetik gitar sambil senyum nipis bila nampak Hisham datang dekat. "Sham… harap-harap malam ni tak hujanlah. Air balang aku dah siap empat balang tau," kata lelaki tu, Ramli — jiran gerai, sahabat, geng lepak pantai. "InsyaAllah, tak hujan lah Li. Tengok tu, bintang pun banyak kat langit." Hisham tersengih, matanya menjeling ke langit yang makin jingga. "Aamiin… harap betul-betul macam tu." Ramli ketawa kecil, letak gitar atas meja. Dia sambung dengan muka bersahaja, "Dengar guruh di langit, air tempatan dicurahkan." Hisham terus gelak. "Dah simpang lain peribahasa kau tu, Li." "Sepatutnya… nampak bintang di langit, air balang bancuh-bancuh kan." Berderai ketawa mer...

Bab 7 - Yang Hilang Bukan Cinta

Bab 7 Yang Hilang Bukan Cinta  Sudah tiga bulan berlalu sejak malam itu — malam yang penuh debar di tepi pantai, malam di mana Hisham dan Lydia tanpa sedar menjadi tatapan ibu bapa gadis itu. Hingga ke hari ini, Lydia mahupun Mariam tidak pernah menyentuh tentang hal tersebut. Hisham pula, diam memendam seribu persoalan. Setiap hari dia tertanya-tanya, apakah Lydia tahu? Atau ibu bapanya sengaja tidak membangkitkan perkara itu? Atau… mungkin mereka tidak suka, cuma belum bersuara? Sejak malam itu juga, hubungan mereka menjadi semakin rapat. Hampir setiap malam, Lydia dan Mariam akan singgah ke gerai sataynya di tepi pantai sebelum pulang. Kadang-kadang hanya seketika, sekadar menikmati satay panas sambil bersembang ringkas. Ada kalanya Lydia sendiri yang menghantar Mariam pulang ke rumah Mak Long Imah — ibu Hisham. Kalau tidak terburu-buru, Lydia akan turut naik, menemani Mak Imah berbual di ruang tamu sambil menikmati teh panas dan kuih-muih ringkas. Mak Imah bukanlah orang yang m...
Image
 Yang Hilang Bukan Cinta  Malam itu… langit kelam membentangkan tabir rahsia, hanya diterangi samar-samar cahaya lampu gerai dan sinaran bulan yang malu-malu di balik awan. Deruan ombak memukul pantai seakan menjadi muzik latar, melengkapkan senandung sepi yang mengikat mereka berdua. Hisham duduk bertentangan dengan Lydia. Meja kayu sederhana itu menjadi sempadan di antara mereka, namun jarak itu terasa begitu tipis… seolah-olah hanya udara yang memisahkan dua hati yang sedang berperang dengan rasa masing-masing. Mata Hisham tidak mampu beralih. Wajah gadis itu… ah, bukan sekadar cantik. Bukan sekadar manis. Ada sesuatu yang lebih dalam, lebih menawan dari sekadar raut wajah — ada ketulusan, ada rahsia, ada luka yang disembunyikan di balik senyum nipis itu. Rambut hitam yang tergerai halus di bahu, mata bundar yang memancarkan keteguhan namun penuh kelembutan, bibir yang mungil itu… semuanya seperti diukir halus oleh tangan Tuhan, dicipta untuk melemahkan pertahanan seorang l...

Bab 6

 Bab 6 Yang Hilang Bukan Cinta  Selepas Alia melabuhkan punggung di kerusi kosong di sebelah Hisham, dia tidak duduk diam. Tangannya yang kecil ligat memegang bungkusan kuih bahulu bakar yang baru saja diberikan kepada Mariam. Matanya kemudian teralih ke arah kotak putih sederhana di atas meja. "Kek hari jadi ke?" tanya Alia sambil menepuk-nepuk perlahan kotak itu. Matanya bersinar, penuh rasa ingin tahu. "Siapa birthday hari ni, bang?" soalnya lagi sambil memandang Hisham. Hisham hanya tersenyum sambil mengusap lembut kepala gadis itu. "Kak Lydia Dan Alia lah…," jawabnya ringkas, wajahnya ceria melihat telatah gadis kecil itu. " Happy birthday Kak" kata Alia dengan Suara yang jelas menunjukkan dia gembira. "Ehh… Bang Sham....bukan hari tu dah sambut birthday Alia kah? Ada kek juga," kata Alia sambil ketawa kecil. Jelas kegembiraan terpancar di wajahnya, polos dan tulus, seperti kanak-kanak seusianya yang hanya tahu gembira tanpa m...

Bab 5 Yang Hilang Bukan Cinta

 Yang Hilang Bukan Cinta  Bab 5 Langkah kaki Lydia terhenti seketika, matanya tertancap pada sesosok tubuh yang sedang duduk membelakanginya di sebuah meja kayu di gerai tepi pantai itu. Hembusan bayu laut yang lembut tidak cukup menenangkan getaran halus yang merayap di hatinya. Nafasnya terasa berat, dadanya berdebar kencang, seolah-olah masa berlalu perlahan di sekelilingnya. Jari-jemarinya menggenggam tangan Mariam dengan erat, terlalu erat hingga sahabatnya itu tersentak kecil. "Aduh… sakitlah, Lydia," keluh Mariam sambil menarik tangannya perlahan. Lydia tersedar, wajahnya merona malu. Dia melonggarkan genggaman itu, namun jemarinya masih bergetar. "Relaxlah…," pujuk Mariam, senyum kecil terukir di bibirnya. Dia faham benar perasaan Lydia saat ini — resah, gugup, serba salah… semua bercampur menjadi satu. "Kau yang pilih nak jumpa dia malam ni, kan? Jangan buat aku tolak kau sampai ke depan meja tu sudah…" katanya berseloroh sambil tergelak. "Na...