Posts

Showing posts from August, 2025

Bab 15 - Seagung Cinta Ini

 Sinar mentari pagi menembusi celahan langsir, menyapa lembut ruang kamar dan menyentuh wajahnya bagai sebuah bisikan harapan baharu. Hangatnya cahaya itu seolah-olah menyinari hatinya yang selama ini tertutup rapat, membuka perlahan ruang yang lama terkunci. Ada sesuatu yang berbeza pagi itu… seperti sekuntum bunga yang kembali mekar setelah lama layu dibadai musim. Sofea menatap pantulan wajahnya di cermin meja solek, bibirnya mengukir senyuman kecil yang lama hilang entah ke mana. Jemarinya mengangkat sebatang lipstick merah jambu — warna yang pernah menjadi kegemarannya dahulu, sebelum duka menjadikan dirinya kelam dan suram. Perlahan, dia menyapu warna lembut itu ke bibir, terasa janggal namun menyenangkan. “Sudah lama…” bisiknya sendiri. Biasanya, dia hanya memilih warna nude yang hampir menyamai warna asli bibirnya — ringkas, sederhana, seakan mahu menyembunyikan diri daripada dunia. Tapi pagi ini berbeza. Ada keberanian baharu yang lahir entah dari mana. Dia kemudian mencap...

Bab 14 - Seagung Cinta Ini

 Mentari senja merangkak perlahan, menumpahkan cahaya keemasan di hujung kaca jendela. Suasana taman perumahan dibaluti bayang-bayang redup yang kian memanjang, seolah-olah alam turut berkongsi sepi yang menapak di hatinya. Sofea duduk di beranda, memeluk lutut rapat ke dada, menghirup udara petang yang dingin dan terasa berat dengan kenangan. Ada sesuatu dalam cahaya senja itu yang membuatkan dadanya sesak — seolah-olah setiap hembusan angin membawa pulang kisah lama yang tak pernah padam. Sejak Ryann meluahkan perasaannya, hati Sofea bagai dilanda badai yang tidak berkesudahan. Ada debaran yang tidak mampu dijinakkan setiap kali lelaki itu mendekat, ada senyuman yang mampu membuatkan dunia Sofea terasa lebih cerah. Namun, di sudut hati yang paling dalam, bayang-bayang masa lalu masih menghantuinya — luka lama yang belum kering, parut yang masih berbekas. "Kenapa hati ini sukar benar untuk percaya pada cinta lagi?" bisik Sofea perlahan, suaranya hampir tenggelam dalam deru a...

Bab 13 - Seagung Cinta Ini

 Sejak pertemuan makan malam bersama adik-adiknya tempoh hari, hati Sofea semakin kacau. Kehadiran Rayyan membuatkan senyuman kembali singgah di wajahnya, namun dalam diam ada sesuatu yang menahan. Di balkoni rumah, Sofea berdiri memandang langit malam. Angin lembut menyapa wajahnya, seakan membawa bisikan yang tiada jawapan. Hatinya berdialog sendiri. "Baru semalam aku mengenalinya… hanya beberapa bulan saja pun. Macam mana aku boleh izinkan hati ini terbuka lagi? Farid… bertahun aku mengenalnya. Tunangan sendiri, lelaki yang aku percaya… tapi akhirnya dia juga yang menikam dari belakang." Sofea menarik nafas panjang. Ada rasa bersalah pada dirinya sendiri. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. Rayyan pula semakin kerap hadir — dengan cara yang sederhana. Kadang-kadang menghantar mesej bertanya khabar, kadang singgah ke kios membantu Sofea melayan pelanggan dan mencuba resipi-rese baru di hujung minggu ketika adik-adiknya berkumpul bersama. Saat-saat seperti itu ada...

Bab 12 - Seagung Cinta Ini

 Petang itu, udara terasa segar selepas hujan rintik-rintik sejak pagi akhirnya berhenti. Langit kelihatan cerah, dengan sisa-sisa titisan air yang masih melekat di daun-daun. Sofea dan Ryann duduk bersebelahan di bangku taman permainan, memerhati Adam yang sedang ketawa riang bermain bersama beberapa kanak-kanak jiran. “Sofea… awak masih sedih pasal semalam?” tanya Ryann, matanya meneliti wajah Sofea yang tampak muram — jauh dari senyuman lembut yang selalu dia lihat. “Kenapa pasal semalam?” Sofea memandang Ryann, sedikit hairan. “Pasal Helmy dan Nadia.” Sofea menarik nafas panjang, menunduk memandang rumput hijau di bawah kakinya. “Mereka nak tinggalkan saya…” suaranya bergetar, seolah-olah setiap patah kata mengandungi rasa kehilangan. “Tak…” Ryann menggeleng perlahan, suaranya lembut menenangkan. “Mereka bukan nak meninggalkan awak… mereka cuma nak mengejar impian masing-masing.” “Mereka boleh saja mengejar impian itu di Malaysia… tak perlu pergi jauh. Saya risaukan Nadia. Dia ...

Bab 11 - Seagung Cinta Ini

 Dari jauh, Nadia memerhati kakaknya yang sedang berbual bersama Rayyan di tepi kiosk. Senyuman yang terukir di wajah Sofea membuatkan hati Nadia terasa hangat. Sudah lama dia tidak melihat kakaknya tertawa begitu — tulus, tanpa dipaksa. Alhamdulillah… mungkin Along dah mula menerima cinta lagi, bisik hati Nadia. Dia tahu betapa sukarnya Sofea untuk membuka pintu hati selepas kecewa dengan kematian tunangnya. Tapi kini, melihat cara Sofea memandang Rayyan… Nadia yakin, ada sesuatu yang perlahan-lahan berubah. Rayyan kelihatan begitu sabar dan berhati-hati melayan kakaknya. Seolah-olah dia tahu Sofea pernah rapuh, dan kini dia berusaha memulihkan kepingan hati itu sedikit demi sedikit. Nadia hanya mampu tersenyum, mendoakan agar kebahagiaan ini terus mekar.  Rayyan membisikkan sesuatu kepada Sofea, membuatkan kakaknya ketawa kecil sambil menutup mulutnya. Wajahnya tampak begitu ceria — jelas sekali dia sedang benar-benar gembira. “Happy nampaknya Along,” usik Nadia sebaik sahaj...

Bab 10 - Seagung Cinta Ini

 Sejak pertemuan pertama mereka di bilik rawatan itu, hubungan Sofea dan Ryann kian rapat. Ada sahaja kesempatan untuk mereka berbual — kadang-kadang di halaman rumah apabila Sofea membuang sampah atau bermain dengan Adam, kadang-kadang pula ketika Ryann pulang dari hospital atau selesai berjoging. Ada masa, Sofea menyuruh Adam menghantar sepotong kek kegemaran Ryann; dan ada ketikanya, Ryann pula muncul dengan bungkusan buah-buahan segar untuk mereka. Namun, di sebalik momen-momen mesra itu, hati Sofea tidak pernah benar-benar tenang. Ada waktu-waktu tertentu, rasa takut datang menyelinap tanpa amaran. Takut jika hatinya semakin terpaut kepada lelaki itu. Takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Takut dikhianati. Takut luka lama berdarah kembali. Bila rasa itu menekan jiwa, Sofea memilih untuk menjauh. Dia mengelak daripada keluar rumah, bimbang terserempak dengan Ryann. Tetapi ada keadaan yang tidak dapat dielakkan — seperti di kiosk. Setiap pagi, Ryann pasti muncul. Waktu itu, Sofea...

Bab 9 - Seagung Cinta Ini

 Hospital itu tidak terlalu sesak pagi itu. Sofea menolak pintu kaca Jabatan Psikiatri sambil memegang tangan Adam. Bau antiseptik menusuk hidung, bunyinya bercampur antara langkah kaki jururawat dan bunyi kertas fail diselak. “Nama pesakit?” tanya jururawat di kaunter. “Muhammad Adam bin Khairuddin,” Sofea menyebut penuh. Jururawat itu mengangguk, lalu berkata, “Doktor akan panggil sebentar lagi.” Sofea hanya mengangguk sambil duduk di kerusi menunggu. Dia memandang Adam yang khusyuk bermain telefon, cuba menghilangkan debar di hatinya. Tidak lama kemudian, pintu bilik rawatan terbuka. Seorang jururawat berwajah manis — yang sudah lama dikenal Sofea sejak zaman Dr. Awina merawat Adam — keluar dengan senyuman hangat. “Adam… handsome boy, jom kita masuk jumpa doktor,” ajaknya sambil mempersilakan Sofea dan Adam masuk ke dalam. “Duduk dulu, tunggu sebentar ya… doktor sedang semak rekod lama Adam,” katanya lembut sebelum berlalu. Di hujung bilik, doktor itu duduk membelakangi mereka, ...

Bab 8 - Seagung Cinta Ini

 Pagi itu langit membentang cerah, dihiasi cahaya matahari yang lembut. Udara terasa segar dan nyaman — seolah-olah menyambut semangat baharu dalam diri Sofea. Sudah tiga hari dia keluar dari hospital, dan pagi ini kiosknya kembali beroperasi seperti biasa. Selepas solat Subuh, Sofea sudah membawa barang-barang niaga ke dalam kios, menyusunnya dengan rapi sambil membersihkan setiap sudut, dari ruang dalam hingga ke bahagian luar. Di dalam kereta yang diparkir berhampiran, Adam setia menunggu sambil memerhatikannya. Selesai mengemas, Sofea mengunci semula kios, lalu menghidupkan enjin kereta untuk menghantar Adam ke sekolah. 🔶🔶🔶🔶 Sofea kembali membuka kiosknya seperti biasa. Pelanggan pertamanya pagi itu ialah beberapa orang murid sekolah dan dua wanita yang dia kenal sebagai pekerja pejabat. Mereka sudah biasa membeli di situ, malah sempat bertanya khabar apabila mengetahui daripada Kak Liza bahawa kios Sofea sempat ditutup kerana dia dimasukkan ke hospital. Sofea sedang asyik ...

Bab 7 - Seagung Cinta Ini

 Hari kedua Sofea di hospital, tubuhnya terasa sedikit ringan walaupun langkahnya masih lemah. Sakit kepala yang selama ini berdenyut-denyut sudah tiada. Alhamdulillah, bisiknya perlahan. Dia cuba turun dari katil, tetapi hati masih ragu-ragu. Bimbang terjatuh. Kebetulan, seorang jururawat yang lalu di hadapannya segera datang membantu. > “Kakak nak ke tandas?” soal jururawat itu. Sofea menggeleng perlahan. > “Tak… kakak nak jalan-jalan sikit. Nak ambil udara segar di luar, boleh kan?” Jururawat itu tersenyum mesra. > “Boleh saja. Kalau nak, saya boleh ambilkan kerusi roda.” > “Tak payah… kakak nak jalan sendiri. Lenguh kaki ni, asyik duduk saja.” > “Baiklah, tapi hati-hati ya. Kalau rasa tak larat, minta bantuan sekuriti.” Sofea mengangguk, mengucapkan terima kasih, lalu melangkah perlahan menuju taman mini hospital. Deru angin petang menyentuh pipinya. Dia memilih duduk di kerusi kayu di sudut taman. Tidak jauh dari situ, seorang wanita bersama anak perempuan duduk...

Bab 6 - Seagung Cinta Ini

 Sofea membuka mata perlahan-lahan. Pandangannya masih kabur. Kepalanya terasa ringan, namun seluruh tubuhnya lemah tak bermaya. Dia cuba mengangkat tangan untuk meraba sesuatu yang melekap di dahinya, tetapi tangannya sendiri terasa berat dan longlai. “Along dah sedar… Alhamdulillah.” Suara Nadia bergema lembut di tepinya. “Kenapa, Nad…? Along kat mana ni?” Sofea bertanya dengan suara yang serak dan lemah. “Along dekat hospital. Semalam Along pengsan… kepala Along sampai berdarah. Along rebah dan terkena bucu meja solek. Along nak ke tandas ke?” Sofea tidak terus menjawab. Dia masih kabur, kepalanya kosong, sukar mengingat apa yang telah berlaku. “Mana Adam?” soalnya perlahan. “Adam kat rumah Kak Liza. Malam tadi dia tidur sana,” jawab Nadia. “Sekarang dah pukul berapa?” “Dah pagi, Long. Along pengsan semalam lebih kurang pukul dua belas. Sebelum tu Along muntah-muntah teruk, kata sakit kepala.” Sofea mengangguk perlahan. Sedikit demi sedikit ingatannya kembali. Dia teringat betap...