Petang itu, udara terasa segar selepas hujan rintik-rintik sejak pagi akhirnya berhenti. Langit kelihatan cerah, dengan sisa-sisa titisan air yang masih melekat di daun-daun. Sofea dan Ryann duduk bersebelahan di bangku taman permainan, memerhati Adam yang sedang ketawa riang bermain bersama beberapa kanak-kanak jiran.
“Sofea… awak masih sedih pasal semalam?” tanya Ryann, matanya meneliti wajah Sofea yang tampak muram — jauh dari senyuman lembut yang selalu dia lihat.
“Kenapa pasal semalam?” Sofea memandang Ryann, sedikit hairan.
“Pasal Helmy dan Nadia.”
Sofea menarik nafas panjang, menunduk memandang rumput hijau di bawah kakinya.
“Mereka nak tinggalkan saya…” suaranya bergetar, seolah-olah setiap patah kata mengandungi rasa kehilangan.
“Tak…” Ryann menggeleng perlahan, suaranya lembut menenangkan. “Mereka bukan nak meninggalkan awak… mereka cuma nak mengejar impian masing-masing.”
“Mereka boleh saja mengejar impian itu di Malaysia… tak perlu pergi jauh. Saya risaukan Nadia. Dia seorang perempuan, masih muda… saya tak mahu dia hilang arah bila jauh daripada saya.” Nada suara Sofea mulai bergetar.
“Sekarang pun Nadia sudah rapat dengan seseorang yang usianya dua kali ganda daripada dia. Saya… saya tak suka,” sambungnya sambil memalingkan wajah, merenung jauh ke tengah taman permainan.
“Katanya lelaki itu yang bantu uruskan semua pendaftaran dan tempat tinggal semasa dia di Itali. Dia akan pergi bersama lelaki itu ke Itali. Lelaki itu akan tinggal di sana sebulan, tunggu sampai Nadia betul-betul selesa dan mula kelas.” Sofea mengesat matanya dengan tisu yang tergenggam.
“Saya takut… saya tak kenal siapa orang tu. Nadia panggil dia Abang Joe.”
“Mungkin orang itu ikhlas nak membantu Nadia?” ujar Ryann, cuba meredakan keresahan Sofea.
Sofea menggeleng. “Nadia tu cuma bekas pelajar dia di universiti. Kenapa nak pilih Nadia? Dia tu orang kaya… ada gelaran Tengku, dari keluarga diraja. Tak mungkin dia betul-betul ikhlas nakkan Nadia… seorang gadis biasa.”
Ryann tersentak. Kata-kata Sofea seolah-olah menggambarkan dia memandang serong kepada semua lelaki berstatus dan berharta.
“Itu cuma persepsi awak… jangan samakan semua orang kaya atau berdarah bangsawan dengan orang yang tak baik atau tak ikhlas,” balas Ryann perlahan.
“Siapa Abang Joe tu sebenarnya?” tanya Ryann ingin tahu.
“Tengku Johari Ibrahim… itu yang Nadia pernah beritahu saya.”
Ryann mengangguk perlahan. “Dua tahun tu bukan lama. Dari apa saya lihat, Nadia gadis baik. Dia hormat awak, dan saya tak fikir dia akan buat perkara yang tak elok di belakang awak. Dia punya cita-cita besar… saya pernah nampak lukisan-lukisan dia.”
Sofea berpaling menatap Ryann. “Awak pernah pergi galeri tu?”
Ryann menggeleng. “Di Pasar Seni,” jawabnya ringkas.
“Awak pasti nampak juga orang tua tu kan?” Sofea cuba menguji.
Ryann ketawa kecil. “Tak… saya nampak Nadia dengan seorang lelaki, tapi anak muda… sebaya dia.”
Mereka kembali terdiam. Angin petang menyapu lembut wajah masing-masing.
“Helmy pun nak pergi… kerja jauh… entah balik semula ke Malaysia atau tidak,” Sofea memecah kesunyian.
“Mungkin Helmy nak cari pengalaman kerja di luar negara. Bila dah ada pengalaman, senang nak dapat kerja di mana-mana,” kata Ryann tenang.
“Bukankah di Malaysia pun ada sektor itu?” Sofea memandangnya, seakan memerlukan alasan yang lebih meyakinkan.
“Bidang apa?” tanya Ryann, bersedia mendengar.
"Kejuruteraan Aeroangkasa," jawab Sofea perlahan. "Bukan di Malaysia pun ada industri tu? Kenapa nak pergi sejauh tu?"
Ryann tersenyum sedikit. "Memang ada... tapi mungkin Helmy nak timba pengalaman di luar negara. Kadang-kadang peluang yang datang tu susah nak tolak."
Sofea menghela nafas panjang. “Saya cuma takut… bila mereka semua pergi, tinggal saya seorang. Selama ini, saya yang in mereka. Saya nak pastikan mereka cukup senang, cukup bahagia. Impian saya dah lama saya kuburkan. Yang tinggal hanyalah mereka.”
Rayyan memandangnya dengan lembut, matanya redup penuh pengertian.
“Sofea… setiap orang ada impian masing-masing. Helmy nak kejar cita-citanya di luar negara. Nadia pula ada bakat yang besar. Kalau awak menghalang, mereka mungkin takkan pernah benar-benar bahagia.”
Sofea diam. Kata-kata itu terasa menusuk ke dalam dada.
Rayyan menyambung, suaranya tegas tetapi penuh kelembutan.
“Awak sendiri pernah ada impian, kan? Café yang selalu awak ceritakan pada arwah ibu dulu… awak kata nak cipta tempat yang jadi rumah kedua buat orang lain. Itu bukan impian kecil, Sofea. Itu sebahagian daripada awak.”
Air mata Sofea bergenang. Dia menggeleng perlahan. “Impian itu dah lama saya lupakan. Yang saya mahu hanya menjaga adik-adik saya.”
Rayyan menunduk sebentar, kemudian menatap Sofea lagi.
“Mereka akan lebih bahagia bila impian mereka tercapai, Sofea. Dan awak… sebagai kakak, sebagai pengganti ibu bapa mereka, awak sepatutnya jadi orang yang paling faham. Jangan matikan impian awak sendiri, jangan matikan impian mereka. Bahagia itu lahir bila kita dapat jadi diri kita yang sebenar.”
Sofea terdiam lama. Untuk pertama kalinya, dia benar-benar merenung kata-kata Rayyan. Dalam hati kecilnya, dia tahu lelaki itu betul.
Sangat berat dugaan yang sedang awak hadapi Sofea. Walaupun saya tahu sukar untuk awak membuat keputusan.....daya tahu awak telah melakukan yang terbaik dengan memikul tanggungjawab ini. Perasaan awak yang tidak mahu berpisah dengan adik-adik adalah normal. Ini menunjukkan betapa besarnya kasih sayang dan tanggungjawab Sofea sebagai seorang kakak.
Namun, Sofea perlu sedar bahawa tugas anda bukan sahaja untuk melindungi mereka, tetapi juga untuk membantu mereka mencapai impian dan potensi diri. Adik-beradik Sofea juga berhak untuk mengejar masa depan yang lebih cerah, walaupun itu bermakna mereka perlu jauh dari sisi awak.
Kita kenalah berfikirsecara matang dan rasional
Cuba fikirkan, jika ibu bapa Sofea masih hidup, adakah mereka akan menolak impian adik-adik awak? Kemungkinan besar tidak. Mereka pasti akan menyokong dan gembira melihat anak-anak mereka berusaha untuk memajukan diri.
Jangan biarkan ketakutan ditinggalkan menguasai diri
Perasaan risau dan takut adalah perkara biasa, tetapi jangan biarkan ia menghalang Sofea dan adik-adik Sofea daripada mencapai potensi yang lebih tinggi.
Saya percaya bahawa Sofea telah mendidik mereka dengan baik. Mereka pasti akan tahu cara untuk menjaga diri. Cuba Sofea
berbincang dari hati ke hati. Duduklah bersama adik-adik Sofea dan luahkan perasaan awak. Beritahu mereka bahawa awak menyayangi mereka dan ingin mereka berjaya. Dengarkan juga pandangan mereka. Dengan komunikasi yang terbuka, Sofea dan adik-beradik boleh mencari jalan penyelesaian bersama.
Jika Sofea memutuskan untuk membenarkan mereka pergi, rancanglah bagaimana cara untuk kekal berhubung. Tetapkan jadual panggilan video, merancang untuk bertemu setiap tahun, atau atur percutian bersama. Ini akan memastikan hubungan Sofea dengan adik-beradik Sofea tetap kukuh walaupun berjauhan.
Mungkin ini adalah peluang untuk awak membina semula hidup dan mengejar impian awak sendiri. Apabila Helmy Dan Nadia pergi, ia tidak bermakna awak kehilangan mereka. Sebaliknya, awak mendapat ruang untuk fokus kepada diri sendiri, pada Adam.
Walaupun Sofea kehilangan ibu bapa, itu tidak bermakna Sofea harus kehilangan adik-beradik Sofea juga.
Berjauhan mungkin bukan ideal, tetapi dengan kasih sayang, kepercayaan, dan komunikasi yang baik, hubungan keluarga awak akan tetap utuh.
"Terima kasih Ryann.....kalau awak tak ada Dan memberi keyakinan pada saya, mungkin saya tak dapat nak fikir macam.mana. Saya buntu....saya takut keseorangan."
"Awak tak keseorangan… Adam ada," kata Ryann sambil memandang wajah Sofea dengan senyuman lembut. Pandangannya penuh kasih sayang.
"Adam masih kecil…" balas Sofea perlahan.
"Nanti lama-lama Adam akan dewasa juga," ujar Ryann sambil ketawa kecil, cuba menceriakan suasana.
Sofea tunduk, bibirnya mengukir senyuman. Senyuman itu membuat wajahnya bertambah seri.
"Kalau nak yang besar… saya ada," sambung Ryann bersahaja.
Sofea tersentak, wajahnya merona merah. Senyumannya tidak dapat disembunyikan. Dia menepis perlahan lengan Ryann.
"Isshh… awak ni," katanya malu-malu.
Tiba-tiba, terdengar suara berdehem di belakang mereka. Serentak, kedua-duanya menoleh. Helmy berjalan perlahan ke arah mereka.
"Seronoknya… boleh saya join?" tegur Helmy sambil tersenyum.
"Ehhh… duduklah," pelawa Ryann, lalu memberi ruang untuk Helmy duduk di tengah antara mereka.
"Adam selalu main di sini ke, Long?" tanya Helmy.
"Kadang-kadang saja… kalau Along buka kiosk, tak adalah Adam main di sini," jawab Sofea. "Angah dari mana?" soalnya pula.
"Tadi Angah pergi kubur…" jawab Helmy. "Kakak ada pergi tak pagi tadi?"
"Tak ada… kenapa?" Sofea memandang adiknya dengan hairan.
"Di kubur arwah Farid tadi ada bunga… masih segar lagi. Angah ingat Along yang letak."
"Ohhh… mungkin keluarga dia lah kut," balas Sofea perlahan. Matanya sekilas melirik ke arah Ryann.
Pandangan mereka bertembung. Ryann menangkap isyarat itu — Sofea masih menyembunyikan sesuatu darinya… sesuatu tentang wanita yang pernah dia ceritakan dulu.
Comments
Post a Comment