Bab 9 - Yang Hilang Bukan Cinta
Yang Hilang Bukan Cinta
Langit Langkawi kelabu, seperti memahami apa yang sedang bersarang di hati Lydia.
Sejak pagi dia dan Mariam sibuk menguruskan urusan perniagaan butik mereka, bertemu pelanggan dan pembekal di sini.
Sepatutnya malam ini, mereka boleh berehat.
Tapi segala-galanya musnah sebaik sahaja Lydia menerima mesej dari ayahnya.
Lydia terduduk di atas katil hotel, tangan menggeletar saat membuka gambar demi gambar yang dihantar.
Mariam yang baru keluar dari bilik air memandang pelik, langkahnya terhenti bila melihat wajah pucat Lydia.
“Lydia… kenapa ni?” tanya Mariam, suaranya risau.
Lydia tidak menjawab.
Tangannya longlai, matanya terpaku pada skrin telefon.
Mariam mendekat. Saat dia melihat gambar di skrin, wajahnya turut berubah.
“Astaghfirullahalazim… ni… ni gerai Hisham? Siapa buat ni?!” Mariam terus teringat kepada sepupunya. Apa yang jadi pada Hisham???
Lydia memandang Mariam dengan mata berkaca.
Air mata yang ditahan tumpah jua.
“Ayah…” hanya itu yang keluar dari bibir Lydia.
Mesej susulan masuk.
“Masih mahu main dengan aku, Lydia? Kau fikir aku diam saja kalau kau tetap bersama dia?”
Lydia teresak perlahan.
Hatinya berperang antara takut dan benci.
Tiba-tiba Lydia teringat pada satu saat empat bulan yang lalu ayahnya pernah bertanya mengenai Hisham.
"Siapa lelaki itu?"
Pertanyaan ayahnya, Pak Harun, masih segar di ingatannya, seolah baru semalam ia dilontarkan. Serentak dengan itu ayahnya melontarkan beberapa keping gambar ke arahnya. Lydia membungkuk mengambil gambar-gambar tersebut. Jantungnya berdetak kencang. Jari jemarinya terasa dingin dan menggeletar memegang gambar-gambar itu. Gambar-gambar dimana Hisham menyuap kek ke mulutnya, gambar Lydia menyuap kek ke mulut Hisham dan gambar mereka bergelak ketawa dan pandang memandang dengan penuh romantis.
"Penjual satay? Itu saja kerjanya? Lydia... kamu anak siapa? Kamu tahu siapa ayah kamu?" Bentak Pak Harun setelah Lydia memberitahu bahawa Hisham adalah kawannya yang berniaga satay Di pantai itu.
Nada suara itu tajam, menghukum. Seakan martabat keluarga mereka jatuh hanya kerana Lydia mengenali seorang lelaki biasa, seorang penjual satay di pasar malam.
Lydia ketika itu hanya mampu menunduk, menahan rasa. Dia tahu, ayahnya tidak pernah menyukai Hisham sejak awal lagi. Tidak perlu alasan yang besar — asal latar belakang lelaki itu bukan dari golongan 'mereka', asal Hisham bukan lelaki berkierjaya gemilang atau berpakaian segak berdasi, itu sudah cukup untuk membuat ayahnya menghina dan memandang rendah.
"Dengar cakap ayah, Lydia. Jangan dekat dengan lelaki itu. Dia bukan untuk kamu. Jangan rendahkan diri kamu!"
Kata-kata itu menggores hatinya lebih dalam daripada yang dia sangka. Namun cinta... cinta itu tidak pernah kenal darjat, tidak peduli latar belakang. Hisham bukan sekadar penjual satay di matanya. Hisham adalah lelaki yang melindunginya di saat dia rapuh, lelaki yang melihat dirinya lebih daripada sekadar nama besar keluarga Harun Mahendra.
Kemudian ayahnya seperti melupakan tentang perkara itu sehinggalah hari ini ......
Dia menekan butang telefon dan menelefon ayahnya.
Panggilan bersambut hampir seketika.
“Ayah! Apa yang Ayah dah buat?!” suara Lydia bergetar menahan marah dan tangis.
Pak Harun ketawa besar di hujung talian.
“Apa? Baru sekarang kau gelabah? Gerai dia cuma permulaan, Lydia. Kalau kau berdegil lagi, kau akan lihat lebih dari itu.”
Lydia menggenggam erat telefon, matanya basah. Hatinya sakit. Dia tidak rela sesiapa pun menyakiti Hisham.
“Dengar sini, Ayah… saya dan Hisham… kami dah lari. Kami dah tinggalkan Kuala Lumpur. Dan sekarang… sekarang kami di Thailand.” Kata Lydia Di sebalik sedu sedan ya.“Kami akan menikah di sini, Ayah. Suka atau tidak, restu atau tidak… saya tetap akan jadi isteri Hisham. Tak ada siapa boleh halang!” Lydia berani bersuara, meskipun jantungnya berdegup kencang.
“Saya tak kisah dengan ugutan ayah lagi!” jerit Lydia di Telefon.
Mariam tersentak mendengar ucapan Lydia sedemikian. Matanya bulat memandang sahabatnya itu. Mengapa Lydia berkata demikian? Membohongi ayahnya dengan mengatakan dia dan Hisham kahwin lari ke Thailand? Hisham tak mungkin akan melakukan perkara yang melakukan dirinya dan keluarga walaupun Mariam tahu Hisham cintakan Lydia separuh mati.
Pak Harun tergelak, tawa yang penuh sinis dan kemenangan bila mendengar kata-kata anak tunggalnya itu
“Kau fikir ayah sebodoh itu, Lydia? Kau lupa siapa Ayah kau? Jangan ajar aku tentang permainan ni.” Suara ketawa ayahnya kendengaran seperti menyusuk ke jantungnya. “Apa?” suara Pak Harun berubah nada. "Thailand? Lydia… Lydia… sejak bila kau pandai berbohong? Sejak kau berteman dengan gembel jalanan itu kan? Aku tak sebodoh tu. Kau lupa siapa ayah kau?”
“Kau ingat aku akan duduk diam tengok kau rosakkan masa depan sendiri? Itu baru permulaan, Lydia. Ayah boleh buat Yang lebih dari itu!” Bentak ayahnya
Hening seketika.
Mariam duduk di sebelah, memegang bahu Lydia, memujuk.
“Sabar, Lydia… sabar… kita cari jalan penyelesaiannya....."
Lydia memeluk Mariam, menangis tersedu-sedu. Luluh hati Mariam melihat Lydia gadis Yang senantiasa ceria itu menjadi rapuh dalam pelukannya.
Kemudian, mesej masuk lagi
Lydia memandang skrin dengan dada yang berdebar.
Dia membuka gambar itu…
Dan tubuhnya terasa longlai.
“Tidak…” Jeritnya, lututnya lemah.
Hisham…
Wajah itu penuh luka.
Darah kering di dahi dan bibirnya pecah.
Tangannya diikat ke bangku kayu, tubuhnya lemah tak berdaya.
“Ya Allah… Hisham…” Lydia terduduk di atas lantai, menangis teresak-esak.
Mariam cepat-cepat merangkul bahu Lydia kemudian melihat mesej yang baru diterima.
“Lydia… sabar… Allahu… siapa buat macam ni?”
“Ayah… Ayah hantar orang… dia… dia suruh orang pukul Hisham…” Lydia menangis semakin kuat, tubuhnya menggigil.
Mariam mengambil telefon Lydia, melihat lagi gambar yang dihantar melalui mesej itu.
Wajahnya berubah tegang. "Ya Allah Hisham...." Bisik Mariam dengan penuh debaran.
Dia capai telefonnya sendiri, jari menekan nama Mak Long, ibu Hisham.
Tapi saat jarinya hampir menekan butang ‘call’, dia terhenti.
Bayangan wajah Mak Long yang lemah, yang sudah banyak menangis kerana kisah Lydia dan Hisham, bermain di fikiran.
Mariam mengeluh, air mata bergenang.
Dia mematikan panggilan itu sebelum sempat bersambung.
“Aku tak sanggup kejutkan Mak Long… dia tak kuat…” bisik Mariam perlahan.
Lydia masih menangis, suaranya parah. Dia mencapai hp nya. Hatinya remuk.
“Ayah.....Saya sanggup buat apa saja, Ayah… jangan sakiti dia… saya merayu… saya sumpah… kalau Ayah terus dera dia… saya lebih rela mati!” Lydia menjerit ke telefon, air matanya membasahi wajah.
Suara Pak Harun di hujung talian senyap seketika, kemudian kedengaran Ibu Marini di belakang.
“Sudah Harun… tolong… cukup… jangan aniaya budak tu… jangan sakiti Lydia......”
Pak Harun mengeluh berat bila isterinya merampas telefon dari tangannya.
“Pulanglah Lydia… kita bincang baik-baik sayang… jangan buat perkara yang bukan-bukan. Kami sayang pada mu nak” pujuk ibunya.
Terdengar suara ayahnya membentak ibunya dan terjadi sedikit pertengkaran di antara mereka.
“Kalau ada apa-apa terjadi pada Hisham… kalau Ayah pisahkan kami… saya akan bunuh diri, Bu. Saya tak peduli. Kalau dia mati, saya ikut dia.”
Terdengar suara Ibu Marini yang dari tadi menangis di belakang.
“Lydia… jangan, nak… tolong… jangan cakap macam tu…”
Suara Ibu Marini parah, penuh esakan. Kedengaran jelas dia merayu, hatinya luluh mendengar kata-kata anaknya sendiri.
“Ayah kau memang keras kepala… tapi jangan buat keputusan bodoh macam tu, Lydia… tolong, nak… pulanglah… pulang ke Kuala Lumpur… kita bincang baik-baik…”
Lydia terduduk, menangis teresak-esak, tubuhnya lemah di dalam pelukan Mariam.
Hatinya hancur, tapi cintanya… tetap tidak pernah rapuh.
Comments
Post a Comment