Bab 14 - Yang Hilang Bukan Cinta

Yang Hilang Bukan Cinta 


Sejak berita tragis itu singgah ke dalam hidup mereka, keadaan Hisham semakin merosot. Lelaki itu seolah-olah bukan lagi Hisham yang dulu. Dia mengurungkan diri dalam bilik, menutup rapat pintu, enggan berjumpa sesiapa. Makanan dan minuman yang diletakkan di hadapan pintu biliknya pun tidak pernah disentuh.


Sarimah hanya mampu menangis dalam diam. Setiap malam dia bersolat hajat, bermunajat agar Allah memulihkan anak tunggal kesayangannya.



---


Kepulangan Rahman dan isterinya, Hanum, dari New York sedikit sebanyak memberi ruang untuk Puan Sarimah melepaskan rasa. Setiap malam, Sarimah duduk di ruang tamu, bercerita dan meluahkan segala kesedihannya kepada Rahman, adik angkat yang dijaganya sejak bayi, dan Hanum, iparnya yang penyayang.


"Aku dah tak sanggup tengok Hisham macam ni, Man…" suara Sarimah tersekat-sekat, air matanya laju mengalir. "Dia tak makan, tak bercakap… macam dah hilang jiwa dia…"


Rahman menggenggam tangan kakaknya, wajahnya turut sugul.


"Kita tak boleh biar dia terus begini, Kak Long. Kita kena buat sesuatu."



---


Atas nasihat Dr. Ridzuan, Rahman akhirnya memujuk Hisham untuk bertemu pakar psikiatri.


"Sham… tolong, demi mak kamu… demi diri kamu sendiri…" pujuk Rahman perlahan di tepi katil bilik Hisham, selepas berjaya masuk ke bilik itu. "Uncle tahu kamu sedih… uncle pun sedih… tapi kamu tak boleh hancurkan diri kamu begini…"


Hisham hanya diam, matanya kosong memandang siling. Wajahnya cengkung, tubuhnya semakin susut. 

Suara ayah mertuanya terdengar begitu jelas, menghantam telinga Hisham berulang-ulang, saat ia hanya bisa diam menunduk, menatap nasibnya yang makin kelam. Ucapan-ucapan penuh hinaan itu seperti menampar harga dirinya, membuatnya merasa semakin kecil... semakin tidak berarti.


"Kau tahu siapa aku?" suara itu bergema keras.


Pak Harun menarik rambut Hisham kasar hingga kepalanya terdongak ke atas. Mata mereka bertemu. Hisham tidak mampu melawan — tangan dan kakinya terikat kuat. Tubuhnya sudah lemah, tapi bukan itu yang paling menyakitkan... yang paling menyakitkan adalah rasa dihina di depan maruahnya sendiri.


"Aku adalah pemilik syarikat terbesar di Indonesia! Lydia adalah satu-satunya ahli waris yang akan mewarisi seluruh kerajaan bisnisku!"


Pak Harun tertawa keras, tawa yang menggema penuh penghinaan dan ejekan.


"Dan kau... hanya seorang pengemis! Penjual satay jalanan yang tak layak mendampingi ratu dari empayar milikku!"


Kata-kata itu menikam jantung Hisham tanpa belas. Dan ketika hinaan itu diulang-ulang, berkali-kali — Hisham tidak mampu lagi menahannya.


Dia menjerit.


Menjerit sekuat tenaga, sekuat hatinya yang hancur.

----


"Uncle tanggung semua kos rawatan kamu, Sham. Kamu tak perlu fikir apa-apa… cuma ikut rawatan ni, cuba pulihkan diri kamu…" Rahman menambah lembut.


Lama Hisham termenung, akhirnya, dengan sisa kekuatan yang ada, dia mengangguk perlahan.



---


Lapan bulan berlalu.


Proses rawatan intensif bersama pakar psikiatri dan ahli psikologi sedikit demi sedikit mengubah hidup Hisham. Dia bukan lagi lelaki yang termenung tanpa arah. Keyakinan dirinya perlahan-lahan kembali, walaupun bayang isteri dan anaknya masih menghantui setiap sudut hatinya.


Dengan sokongan kuat keluarganya, terutama Rahman, Hanum, Mariam, dan Dr. Ridzuan, Hisham cuba bangkit.


Namun, apabila dia kembali ke gerai satay Mak Imah, kenangan lalu datang menghantui. Setiap sudut gerai itu, setiap bara api satay yang menyala, semuanya mengingatkannya pada Lydia… dan pada Muhammad Daniel.


"Kamu kena pergi jauh, Sham," ujar Dr. Ridzuan yang juga sahabatnya sejak zaman universiti. "Kalau terus di sini, kamu tak akan mampu lupakan semua ni. Cuba cari nafas baru."



---


Akhirnya, Hisham membuat keputusan besar.


Dia meninggalkan Malaysia, menerima tawaran bekerja di syarikat milik Rahman di New York. Sebelum berangkat, dia memeluk ibunya erat, menitiskan air mata.


"Mak… tolong jaga diri… Sham janji Sham akan balik… bila Sham dah kuat…" Kemudian dia memandang kepada Mariam Dan Dr Ridzuan yang berdiri di belakang ibunya. 


Puan Sarimah mengangguk, air matanya mengalir.


"Pergilah, Sham… mak redha… kalau itu yang buat kamu kembali jadi Sham yang dulu, pergilah…"


Kepada Mariam dan Dr. Ridzuan, Hisham menyerahkan tanggungjawab menjaga ibunya buat sementara waktu.

"Wan....tolong jaga emak dan adik aku. Aku amanahkan mereka pada kau. Aku pasti akan balik." 

"InsyaAllah...." Kata Dr.Ridzuan Dan  memeluk Hisham sambil menepuk2 bahu Hisham


Dengan hati berat, Hisham melangkah pergi… membawa luka yang masih berdarah… dan harapan untuk sembuh di bumi asing.


Comments

Popular posts from this blog

Bab 1 - Yang Hilang Bukan Cinta

Bab 7 - Cinta Yang Tak Pernah Pergi

Bab 2 - Seagung Cinta Ini