Bab 15 - Yang Hilang Bukan Cinta

Yang Hilang Bukan Cinta 


New York — kota yang tidak pernah tidur. Di celah-celah hiruk-pikuk kota besar itu, Hisham perlahan-lahan membina semula dirinya yang runtuh. Dia kini bekerja di restoran milik Pak Rahman — Spice Lane, restoran mewah yang menjadi kebanggaan komuniti Melayu di sana.


Tiga bulan selepas Hisham menjejakkan kaki ke New York, dia dilantik sebagai Pengurus Restoran menggantikan pengurus lama, Encik Adam, yang memilih untuk bersara dan kembali ke kampung halamannya di Maldives.


Kerjaya Hisham semakin stabil. Namun ketenangan keluarga Rahman diuji dengan musibah yang sungguh berat dan mengaibkan.


Sofia, si bongsu yang menjadi harapan keluarga, pulang ke rumah dengan air mata dan berita yang meruntuhkan maruah mereka — dia mengandung. Teman lelakinya, yang menjanjikan bulan dan bintang, hilang tanpa jejak sebelum Sofia sempat memberitahu tentang kandungannya.


Pak Rahman dan Hanum tergamam, marah, sedih, kecewa… semuanya bercampur-baur.


"Ayah… maafkan Sofie…" rayu Sofia, tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis. "Sofie tak sangka dia sanggup tinggalkan Sofie begini…"

Rahman memejamkan mata, cuba mengawal amarah yang menggelegak dalam dada. Hanum pula menangis di sofa, wajahnya merah padam.


Tekanan demi tekanan menyesakkan keluarga itu. Lebih berat lagi, apabila Hanum dan Sofia tidak bersetuju menggugurkan kandungan tersebut. Sofia tekad mahu melahirkan zuriat itu.


Dalam tekanan itu, Sofia semakin hilang arah. Dia pendam semuanya sendiri, sehingga satu hari, dia cuba membunuh diri.



---


Petang itu, hujan renyai-renyai membasahi New York.


Entah mengapa, hati Hisham resah. Sejak pagi, perangai Sofia kelihatan pelik. Dia murung, diam, dan matanya seakan-akan menyimpan seribu rahsia.


Hisham nekad mencari Sofia yang tiba-tiba menghilangkan diri. Dia pusing sekitar kawasan apartment mereka, menyelusuri jalan-jalan kecil, sehinggalah dia terlihat bayang Sofia berdiri di atas bumbung sebuah bangunan tinggi.


"Sofie!!!" jerit Hisham.


Sofia berdiri di tepi bangunan, tubuhnya menggigil, air mata mengalir.


"Sofie, jangan buat macam ni… aku tahu kamu takut… aku tahu kamu malu… tapi ni bukan jalannya…" pujuk Hisham, langkahnya perlahan menghampiri gadis itu.


Sofia menangis teresak-esak, tubuhnya terhenjut-henjut.


"Sofie dah tak ada harapan, Abang Sham… Sofie dah hancurkan maruah keluarga… semua orang benci Sofie…"


"Tak, Sofie… kau tak keseorangan…" Hisham makin dekat, tangannya menggapai lengan Sofia. "Aku pun pernah hilang orang yang aku sayang… aku pernah rasa hidup ni dah tak bermakna… tapi kau kena kuat… demi anak kau… demi diri kau sendiri…"


Akhirnya Sofia rebah ke pelukan Hisham, menangis sepuas hati. Hisham menarik nafas lega. Dia tahu, hidup Sofia tidak mudah… dan dia sendiri paling faham erti kehilangan.



---


Sejak peristiwa itu, hubungan Hisham dan Sofia semakin rapat. Hisham menjadi teman, tempat Sofia bergantung, penenang jiwa gadis itu. Dia mengajarnya solat, membawa Sofia ke masjid, menemani gadis itu berjalan-jalan di taman atau duduk menikmati aiskrim sambil berbual.


Kadang-kadang, bila ada yang bertanya tentang kandungan Sofia, mereka berseloroh mengaku sebagai suami isteri — demi mengelakkan pertanyaan yang menyakitkan hati.


Namun jauh di sudut hati Hisham, bayangan Lydia dan Muhammad Daniel tidak pernah hilang. Wajah-wajah itu tetap kekal dalam memorinya, mengikat jiwanya.



---


Kandungan Sofia semakin membesar. Satu hari, sewaktu Hisham datang ke apartment Pak Rahman untuk mengambil Sofia ke klinik, dia tidak sengaja terdengar perbualan di balkoni.


"Sayang… abang tengok Hisham dan Sofie semakin serasi… alangkah baiknya kalau Hisham adalah suami Sofie…" suara Pak Rahman kedengaran tenang.


Hanum ketawa kecil.


"Ya bang… Hanum pun fikir begitu… jiran kita Mrs. Garry pun dah selalu refer Hisham tu sebagai your son-in-law…"


Hisham yang berdiri di sebalik pintu, tergamam. Kata-kata itu bermain di fikirannya sepanjang perjalanan ke klinik. Hatinya berkecamuk, fikirannya melayang jauh ke Malaysia, ke wajah Lydia, ke senyuman Muhammad Daniel yang dirindui.


"Abang Sham…" suara Sofia mengejutkannya.


Hisham tersentak. Sofia sudah terpacak di hadapannya, senyuman manis di bibir.


"Abang Sham mengelamun… Sofie panggil banyak kali tak dengar…"


Hisham hanya mampu tersenyum nipis.



---


Akhirnya, selepas berfikir panjang, Hisham bersetuju untuk menikahi Sofia. Bukan kerana kasihan, tetapi kerana dia mahu memberi Sofia peluang untuk bangkit, sama seperti dia diberi peluang untuk memulihkan dirinya.


Petang itu, Pak Rahman mengajaknya keluar berjalan ke taman berhampiran Spice Lane. Restoran ditutup awal hari itu.


Mereka singgah di sebuah kafe kecil, suasana sepi.


"Sham…" Rahman memandang tepat ke arah Hisham, nadanya serius. "Keputusan kau nak kahwin dengan Sofie ni… ikhlas dari hati kau?"


Hisham menunduk, dada berdebar, namun dia angkat wajah perlahan-lahan.


"Ya, uncle…" jawabnya tenang.


"Bukan sebab kau kasihan pada Sofie?"


Hisham menelan liur, namun dia menggeleng.


"Saya ikhlas… uncle…"


Rahman mengangguk, tangannya menepuk bahu Hisham perlahan.


"Uncle harap kau dapat jaga Sofie dan anak dia… terima mereka dengan hati yang ikhlas…"


"InsyaAllah… uncle…"



---


Malam itu, sewaktu makan malam bersama Hanum, Sofia dan Hisham, Rahman dengan wajah ceria mengumumkan berita yang ditunggu-tunggu.


"Sofie… Hisham nak mengambil Kamu sebagai isterinya"


Sofia terkedu, wajahnya berubah. Air matanya bergenang, namun senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya. Dia memandang ibunya yang tersenyum lebar Di hadapannya kemudian kepada Hisham neminta kepastian. 

Hisham tersenyum sambil mengangguk perlahan2. Kemudian dia mengeluarkan sebuah kotak cincin bulat baldu berwarna merah hati. Dia mengeluarkan sebentuk cincin dari kotak itu. Sebelum menyarungkan cincin itu ke jari Sofia, Hisham memandang ke arah ibu bapa Sofia meminta keizinan.

"Sofia Khadijah.....sudikah?" Hisham memandang Mata Sofia dalam-dalam memohon kepastian walaupun hatinya sendiri masih keliru.

Kedua Suami isteri itu mengangguk2 sambil tersenyum lebar dan kemudian mereka bertepuk tangan bila cincin telah disarungkan ke jari Sofia.

Sofia menangis perlahan2 kerana terharu. Juga tangisnya kerana dia keliru.....Benarkah semua ini? Benarkah Hisham ikhlas menjadikan Dia sebagai isterinya? Sudikah Hisham menerima bayi dari benih lelaki Jain? Ibunya datang memeluknya dan menangis tanda bahagia.

Harapan baru mula bertunasg… namun di hati Hisham, bayang masa lalu tetap menghantui… dan dia tahu, selagi belum terjawab semua persoalan, jiwanya tetap terbelenggu.


-------

Malam itu, suasana di biliknya sepi. Hanya bunyi halus penghawa dingin menemani malam yang terasa begitu panjang. Sofia berbaring di atas katil, memandang siling kosong tanpa ekspresi. Tangannya perlahan mengusap perut yang kian membesar, perut yang menjadi bukti sebuah kisah luka yang tak pernah dia minta… tetapi dia harus tanggung.

Cincin emas di jarinya berkilau samar terkena bias cahaya lampu meja. Dia renung cincin itu lama-lama. Hatinya masih berperang. Masih belum tahu harus rasa apa.

Adakah dia benar-benar boleh menerima lelaki itu dalam hidupnya?
Adakah dia mampu membuka ruang di hati untuk Hisham?
Atau… semua ini cuma permainan waktu yang dia sendiri tak mampu kawal?

Sofia pejamkan mata rapat-rapat, cuba menahan sebak yang tiba-tiba bertamu. Tangannya mengusap perutnya lagi…
“Anak mama…” bisiknya perlahan, seakan bercakap dengan si kecil yang bergerak halus di dalam rahimnya.
“Adakah mama buat keputusan yang betul? Mama terima cincin itu… tapi hati mama… masih takut…”

Dia menghela nafas perlahan. Kenangan makan malam tadi masih segar. Wajah Hisham… tatapan matanya… suaranya sewaktu menyarungkan cincin ke jari Sofia — lembut, tenang… tapi benarkah dia ikhlas? Atau semua itu sekadar simpati? Sekadar membalas budi Ayahnya?

"Hisham… kau betul-betul mahu aku… atau kau cuma kasihan?"

Sofia memejamkan mata semula, cuba menenangkan debaran yang tak tentu arah. Cinta? Itu terlalu besar untuk dia harapkan. Dia sudah terlalu penat berharap, terlalu takut untuk percaya.

Tapi… entah kenapa… saat jari-jarinya memegang cincin itu… ada sedikit… sangat sedikit… ruang di hatinya yang seakan mahu percaya. Percaya bahawa mungkin… takdir sedang membawanya ke arah yang dia tak pernah duga.

Tapi malam ini, dia belum mampu beri jawapan pada hatinya sendiri. Dia hanya mampu berdoa… semoga Tuhan tunjukkan jalannya. Semoga Tuhan kuatkan hatinya. Dan semoga… jika benar Hisham ikhlas… biarlah hatinya belajar menyintai lelaki itu… perlahan-lahan… dengan cara Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 1 - Yang Hilang Bukan Cinta

Bab 7 - Cinta Yang Tak Pernah Pergi

Bab 2 - Seagung Cinta Ini