Ban 16 - Yang Hilang Bukan Cinta

Yang Hilang Bukan Cinta

Sudah lama Sarimah tidak menerima berita yang benar-benar menggembirakan hatinya. Jadi bila  anak saudaranya itu memberitahu khabar bahagia tentang keluarga Dr.Ridzuan nak masuk meminang, wajah Sarimah kembali berseri.

"Cepat-cepat call emak kau dan beritahu berita gembira ni pada dia orang kat sana" kata Sarimah kepada Mariam sambil tersenyum gembira.

Mariam segera mendail nombor Telefon ibunya di New York. Panggilan segera disambut dengan salam dari ibunya.


"Waalaikumusallam Mak.... Mak apa khabar? Sihat?" Tanya Mariam pada ibunya kemudian dia ketawa kecil. "Mak Long sihat....dah ada doktor peribadi" kata Mariam sambil ketawa" Dr.Ridzuan lah ..." Sambung Mariam dan ketawanya pecah lagi. 

Mak.....yam nak bagi tau ni....Ridzuan akan hantar rombongan meminang minggu depan. Kalau boleh Yam nak mak, ayah, adik dan Hisham balik, hadir sama, ya?" suara Mariam di hujung talian kedengaran ceria.


Sarimah tersenyum, dadanya terasa lapang.


"InsyaAllah, mak akan beritahu pada ayah dan Abang Sham. Mungkin adik kau tak dapat ikut balik. Dia tengah exam." Kendengaran suara Hanum begitu gembira.


---

Dua hari sebelum majlis pertunangan diadakan, Rahman, Hanum dan Hisham tiba di Kuala Lumpur. Suasana di rumah Sarimah kembali meriah dengan kehadiran mereka. Telah tiga tahun berlalu sejak Rahman dan Hanum datang ke Malaysia dan kemudian mereka kembali kembali ke New York membawa Hisham dalam keadaan diri anak tunggalnya itu rapuh dan penuh kekecewaan. 

Hari itu Sarimah hampir tidak mengenali anaknya sewaktu pemuda itu, dengan menarik bagasinya, datang menerpa Sarimah sewaktu di lapangan terbang. 

Hisham segera memeluk ibunya dengan erat. "Apa khabar Mak?" Kata Hisham sambil mencium tangan ibunya.

Sarimah sedikit terkejut melihat perubahan pada diri anaknya. Pemuda di hadapannya itu kelihatan segak dan maskulin, berkulit putih dengan wajah yang yang bersih dan aroma wangi dari perfume yang dipakainya sungguh segar terasa di hidung Sarimah. 


"Mana Sofia? Dia tak ikut sama?" soal Sarimah sewaktu mereka berada dalam kereta menuju ke kediaman Rahman. 

Rahman mengangguk, wajahnya tenang.

"Dia tengah ujian semester akhir, Kak Long… memang tak dapat cuti."


Sarimah mengangguk faham, walau hatinya sedikit hampa. Hakikatnya, Sofia sedang berpantang selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel — rahsia yang belum tiba masanya untuk dibuka.


---


Majlis pertunangan Mariam berlangsung meriah di kediaman Rahman di Shah Alam. Dr. Ridzuan dan keluarganya datang membawa rombongan, dan tarikh perkahwinan ditetapkan empat bulan akan datang.


Kegembiraan jelas terpancar di wajah Sarimah. Buat pertama kali setelah sekian lama, mereka sekeluarga berkumpul Dan dipenuhi gelak tawa, seakan-akan luka lama terubat sedikit demi sedikit.


Sebelum pulang ke New York, Rahman Dan Hanum mengajak Sarimah berbual di teres rumah.


"Kak Long…" ujar Rahman perlahan. "Sebenarnya saya dan Hanum ada berita nak disampaikan" kata Rahman perlahan."Tentang Hisham ....."

Sarimah tersentak dan memandang Rahman dan Hanum silih berganti. Wajahnya berubah. 

"Ke....kenapa dengan Hisham, Man?" Ada sedikit getaran pada suara Sarimah. Hatinya dibalut rasa gelisah.....Ya Allah.... apa yang terjadi pada anaknya? Semoga apa yang disampaikan Rahman adalah berita baik dan bukan sesuatu yang buruk.

"Kak .... janganlah risau sangat. Tak ada apa-apa pun yang berlaku pada Sham." Kata Hanum sambil ketawa kecil dan mengelus lembut tangan kakak iparnya.

"Ya kak Long.....Hisham tak ada masalah apa-apa pun. Berita yang Man nak sampai kan ni berita baik....baik buat saya dan Hanum"

"Berita apa tu Man?" Sarimah rasa tak sabar dengan teka teki tersebut.

"Kak Long..... sebenarnya.....Hisham ada memberitahu saya dia dah jatuh hati pada Sofia… mereka nak kahwin… dalam masa terdekat ni."


Sarimah terkejut, matanya membulat.


"Betul ke, Man?"


Rahman mengangguk, senyum nipis di bibir.


"Alhamdulillah......" Sarimah terasa lega mendengar berita Yang disampaikan oleh adiknya itu "Kak Long tahu… Sofia tu anak yang baik. Lagipun....Kak Long fikir… kalau boleh, biar kita buat sekali majlis mereka dengan Mariam nanti. Lebih meriah… dan keluarga semua akan berkumpul."


Rahman Dan Hanum lketawa kecil, setuju dengan cadangan itu. "Betul jugak tu. Alhamdulillah… moga semuanya dipermudahkan."



---


Empat bulan kemudian, dua pasangan pengantin diraikan dalam sebuah majlis gilang-gemilang di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Hisham dan Sofia, Mariam dan Dr. Ridzuan — semuanya kelihatan bahagia di atas pelamin yang dihias indah.


Namun, tersembunyi dari pengetahuan ramai, anak Sofia, Nur Nabila,l

 yang baru berusia empat bulan ditempatkan di hotel berdekatan, di bawah jagaan pengasuh yang dibawa khas dari New York. Hisham dan Sofia berulang-alik secara rahsia ke hotel tersebut untuk memastikan keadaan bayi mereka baik-baik saja.

Rahsia itu tersimpan rapi… sehinggalah malam itu.

---

Bayi kecil itu tiba-tiba jatuh sakit. Panas badannya mendadak, tangisannya tidak berhenti. Hisham dan Sofia panik, segera membawa anak mereka ke hospital terdekat.

Tanpa diduga, doktor yang merawat bayi itu adalah Dr. Ridzuan sendiri.


"Hisham? Sofia?" Dr. Ridzuan tergamam sebaik melihat mereka dan bayi kecil yang sedang menangis dalam pelukan Sofia.


Hisham serba salah, wajahnya berubah. Sofia menunduk, air mata bergenang.


"Ini… anak siapa?" soal Dr. Ridzuan.  Hatinya penuh dengan tandatanya.l


Hisham memandang Dr.Ridzuan dengan wajah yang tegang. Apa aku nak bagi tau dia ni? Baru seminggu kahwin dah ada anak.

"Anak aku ....." Serentak Hisham dan Sofia menjawab. 

Dr.Ridzuan memandang Hisham dan Sofia silih berganti kemudian dia menghela nafas panjang. Melihat wajah Sofia yang cemas dan Hisham yang sugul, dia memilih untuk tenang.


"Bawa anak ni ke dalam… saya rawat dia dulu. Cerita lain kita bincang kemudian."

---

Beberapa jam kemudian, setelah keadaan bayi stabil dan mereka pun membawa bayi tersebut balik ke rumah, Hisham akhirnya menceritakan segalanya kepada Sarimah dan Mariam.

---

Beberapa jam setelah berada di wad kecemasan, keadaan bayi stabil bayi dibenarkan pulang. Setibanya mereka Di rumah, Sarimah Dan Mariam terkejut bila melihat Sofia membawa seorang bayi. Mereka tertanya-tanya bayi siapakah yang dipeluk erat dalam pelukan Sofia?


"Anak siapa ni Sofia?" Tanya Sarimah dengan nada yang agak tinggi. "Hisham....anak siapa ni???" Tanya Sarimah lagi bila Sofia tidak menjawab pertanyaannya dan hanya menangis teresak-esak.

Hisham menghela nafas panjang, tangannya mengepal di sisi. Matanya menatap ibunya, kemudian berpindah ke wajah Mariam. Dia tahu, tiada jalan lain. Dia terpaksa melakukannya walau apa pun akibatnya

“Mak…Sham minta ampun Mak...." Suara Hisham serak, seperti tersekat di kerongkong. Dia berlutut di hadapan ibunya yang duduk di sofa. Dia mengambil tangan ibunya "Ini anak kami.....anak Hisham dan Sofia, Mak...."


Sarimah bingkas bersuara, wajahnya tegang.

“Apa yang kau cakap ni, Sham? Apa yang kau telah buat???" Sarimah menolak Hisham dan dia berdiri terhoyong hayang. Hisham bangun memeluk ibunya.

Mariam menutup mulutnya, matanya membulat, terperanjat seperti baru disambar petir mendengar kata-kata Hisham.

 “Astaghfirullahal’azim, Sham! Kau… kau sedar tak apa yang telah kau buat ni? Sofia tu sepupu kau. Anak Pak Long kau, Orang yang dah anggap kau macam anak sendiri! Macam keluarga sendiri! Kau sanggup buat anak dia begini?!”


Mariam masih terdiam, bibirnya bergetar, matanya mula berkaca. Dia memandang ayahnya, Rahman, yang duduk kaku di sofa. Wajah Rahman tegang, namun dia memilih untuk diam. Isteri Rahman juga hanya menunduk, wajahnya suram.


Mariam berbisik perlahan, seakan tak percaya. "Abang… abang.....kenapa buat semua ni pada Sofia? Sampai hati Abang." Mariam menangis tersedu sedan.


"Abang tahu abang salah Yam… tapi abang bertanggungjawab pada Sofia dan anak kami" kata Hisham Dan dia mengambil tangan ibunya tapi ibunya memukul badanya sambil meraung.

Rahman dan Sofia yang duduk di sofa membisu sedari tadi bangun dengan tangkas dan meluru ke arah Sarimah yang terus memukul badan Hisham. 

"Sabar Kak Long.....sabar. Hisham tak bersalah....." Pujuk Rahman pada kakaknya. Hanum memeluk Sarimah yang longlai dalam tangisannya. 

"Kak Long....mereka pun dah selamat bernikah. Kita redha kan saja " pujuk Hanum sambil membawa Sarimah duduk di sofa.

"Hanum...Rahman.....kenapa kamu biarkan Hisham mengaibkan keluarga kamu? " Bentak Sarimah diantara sedu sedannya. "Kenapa tak bunuh saja dia, anak yang tak guna ni???"

"Mak!!!" Jerit Hisham sambil memeluk ibunya. "Ampunkan Hisham Mak." Hisham membenamkan wajahnya dibahu ibunya dan menangis tersedu-sedu.

Sofia tunduk, air matanya menitis laju. Dia memeluk bayinya erat-erat, tubuhnya menggeletar menahan sebak.

“Mak Long.....sofia minta maaf, Mak Long… Kak Mariam….." Mariam memeluk adiknya. Tangisan mereka pecah seiringan.


Kedengaran suara tangisan dari bayi kecil itu di antara tangisan luka di ruang tamu itu seakan jadi latar yang pedih dalam suasana yang dingin itu. Segala yang terbuku kini terdedah. Hisham sedar, pengakuan ini menutup aib, tapi membuka luka yang sukar sembuh dalam hati semua yang ada di situ.


Comments

Popular posts from this blog

Bab 1 - Yang Hilang Bukan Cinta

Bab 7 - Cinta Yang Tak Pernah Pergi

Bab 2 - Seagung Cinta Ini