Bab 21 - Yang Hilang Bukan Cinta
Yang Hilang Bukan Cinta
Petang itu, langit Kuala Lumpur dihiasi semburat jingga keemasan, seperti menyambut sesuatu yang istimewa sedang mendekat. Di ruang tamu rumah Mariam, bunyi loceng telefon bimbit memecah keheningan. Di skrin, tertera nama yang paling dekat di hati — Bella.
Mariam tersenyum, segera menjawab. Dari seberang sana, suara manja anak gadis yang kini berusia dua puluh lima tahun itu kedengaran ceria dan penuh semangat.
“Assalamualaikum Mak Long… Bella ada berita gembira!”
Mariam ketawa kecil. “Waalaikumussalam...Apa dia, sayang?”
“Alhamdulillah, Bella baru saja tamatkan pengajian. InsyaAllah, minggu depan Bella dan Ryann akan balik ke Malaysia. Rindu sangat nak jumpa semua orang!”
"Aaahhh....Mak Long dah tau....Mummy dan daddy pergi US kan waktu Bella Convo hari tu.....tapi tak tau pula Bella Dan Ryann nak balik ke Malaysia...." Kata Mariam dengan nada penuh ceria.
Suasana hati Mariam serta-merta terasa hangat dan lapang. Sudah bertahun lamanya anak saudara kesayangannya itu berada di New York bersama adiknya, Ryann — si jejaka tinggi lampai yang aktif dalam sukan dan penuh dengan cita-cita besar.
“Mak Long tak sabar nak peluk Bella! Mak Long akan masakkan lauk kegemaran kamu... Rendang Ayam, Lontong dan satay. Jangan risau, pasti semua orang kat sini tengah hitung hari tunggu kepulangan kamu berdua.”
Namun belum sempat Mariam menamatkan perbualan, Bella menambah dengan nada yang sedikit gugup.
“Satu lagi Mak Long…..Mummy ada cerita tak pasal kawan Bella?" Tanya anak saudaranya dengan nada perlahan.
"Pasal kawan Bella? Kawan yang asal Indonesia tu?" Soal Mariam minta kepastian. Memang sewaktu sekembalinya Sofia dan Hisham dari menghadiri majlis konvokasyen Bella, Sofia ada memberitahu bahawa kawan Bella, pelajar dari Indonesia bercadang nak datang bercuti ke Malaysia bersama kedua ibu bapanya.
"Aa ah Mak Long. Rupanya Mummy ada cerita dengan Mak Long juga ya..." Terdengar tawa Bella dengan nada senang.
"Mestilah....kami kan bestie..." Dan ketawa mereka pecah berderai.
"Kawan Bella tu nanti nak datang KL. Mak Dan ayah dia pun nak datang sekali....Mereka nak berkenalan dengan keluarga kita" Beritahu Bella. Nada suaranya jelas menggambarkan dia sedang bahagia saat itu.
"Oklah tu....kecil tapak tangan...."
"Padang stadium Bukit Jalil Mak Long tadahkan" sambung Bella di hujung sana dan disusuli dengan gelak ketawa mereka berdua.
"Mummy dan Daddy dah tau?" Tanya Mariam setelah gelak ketawa mereka reda.
"Dah.....dia orang pun no problem katanya. Nanti Bella bawa kawan Bella dan bokapnya ke Restoran Mak Long ya?"
"Mak Long happy sangat lah Bella. Bolehkah nanti Mak Long perkenalkan Restoran Warisan, menu dan satay yang special kepada kawan Bella dan bokapya. Dijamin beres dong.....in the house."
"Thank you Mak Long....Wah! Mak Long pun tahu apa ertinya bokap?" Tanya gadis itu diiringi tawanya.
"Mak Long tau. Ibu bapa kan? .....dulu Mak Long ada kawan seorang perempuan dari Indonesia. Dia bantu daddy di gerai satay. Orangnya cantik, lemah lembut, berbudi bahasa dan anak orang kaya....cantik macam perempuan dalam sinetron" Kata Mariam sambil membayangkan wajah sahabatnya Lydia yang kini sudah tiada.
"Baiknya kawan Mak Long tu.....anak orang kaya tapi sudi pula bekerja di gerai satay daddy" kata Bella. " Daddy pernah cerita dengan Bella....dulu sewaktu daddy di Malaysia, daddy berniaga satay....gerai kat tepi pantai. Kata daddy dia tak habis belajar....."
Mariam terdiam sejenak mendengar kata-kata anak saudaranya itu. Adakah Hisham menceritakan semuanya pada Bella?
"Daddy datang US ikut atok. Bantu atok uruskan Restoran...." Kata Bella dengan nada perlahan " Mak Long.... Mak Long ok ke? Busy kah sekarang?" Suara Bella kedengaran kuat mengejutkan lamunan Mariam pada kisah-kisah lama yang masih tersimpan di relung hatinya.
"Ehhh..... Mak Long ok....ya betul lah tu. Atok bawa daddy kamu ke US untuk bantu atok manage kan Restoran Spice Lane. Masa tu Mak Long masih belum habis study lagi" kata Mariam. "Tentu kawan Bella tu cantik juga kan macam pelakon filem sinetron" Mariam ketawa kecil menghilangkan resahnya pada ingatkan yang membawanya kepada peristiwa dua dekad yang lalu.
Terdengar Bella ketawa di hujung telefon....."kawan Bella tu lelaki lah Mak Long...... Bestie Mak Long tak cerita habis kut...." Bella ketawa terkekeh-kekeh.
Mariam turut ketawa bila mengetahui kesilapannya. "Mummy cuma beritahu Mak Long 'kawan' sahaja dan tak cakap kawan Bella tu lelaki kah perempuan."
"Nama dia Dani......Ahmad Dani, Mak Long " kata gadis itu. "Katanya bokap Dia nak datang jumpa Bella Dan family.....Bella pun terkejut, Mak Long… tapi rasa inilah masa yang terbaik. Dani serius dengan hubungan ni, dan dia minta izin nak kenalkan mak ayah dia secara rasmi.”
Ahmad Dani??? Mendengar nama itu, Mariam seolah-olah rasa ada petir yang menyambar. Tubuhnya menggeletar. Hp di tangannya terlepas.
Salah seorang pekerja di Restoran Warisan yang kebetulan lalu di situ tergesa-gesa membantu Mariam mengambil hp yang jatuh di lantai.
"Puan ok kah?" Tanya pekerja restoran itu dan menyerahkan hp itu pada Mariam yang kelihatan pucat dan tangan bergetar. Mariam cuma mengangguk dan senyum untuk menyembunyikan resah Dan kejutan yang datang bertimpa.
Mariam terdiam sejenak, menghela nafas dalam-dalam kemudian dia kembali menghubungi anak saudaranya. Dia meminta maaf kerana tadi ramai pelanggan. Mariam berjanji akan buat panggilan semula pada Bella bila pelangggan dah berkurang.
Dia mematikan hp. Termenung sejenak memikirkan kata-kata anak saudaranya tadi.
Ahmad Dani.....
Satu nama yang tidak asing, yang sudah lama tersimpan dalam sudut fikirannya — penuh persoalan dan jejak masa lalu yang belum terungkai.
"Errr.....Bella....Macam mana.....Bella kenal dengan Dani?" Tanya Mariam dengan nada yang berat.
Suara Bella kedengaran riang di hujung talian.
"Masa Bella daftar nak masuk semester dua... kebetulan Dani yang jaga kaunter pendaftaran hari tu. Bella cuma pandang dia dari jauh, Mak Long... sebab wajah dia... sebijik macam Daddy..."
Bella tergelak kecil, namun tawa itu bagaikan halilintar yang menyambar dada Mariam.
Dugg!
Degupan jantungnya terasa seperti terhenti seketika. Tangannya yang menggenggam telefon tiba-tiba menggigil.
"Ya Allah... benar kah apa yang aku dengar ni?" desis hati Mariam.
Suara Bella kembali ceria.
"Lepas tu, bila giliran Bella daftar, rupanya Dani perasan yang Bella asyik tengok dia. Habis saja urusan daftar tu, dia terus tanya — ‘Kenapa kau pandang aku lama sangat tadi?’”
“Bella jawab jujur je... ‘Muka awak macam Daddy saya.’"
Tawa Bella makin galak di hujung talian.
"Mak Long tahu tak? Dia terus kepal-kepal kertas ... tiga biji dia lempar ke muka Bella!”
Bella meniru suara Dani dengan gaya berseloroh:
"Nah... hadiah untuk kau, sebab kata aku ni dah tua macam Daddy kau!’"
“Bella pun balaslah — ambil kertas tu, lempar balik kat dia sambil cakap... ‘Thanks, Dad.’”
“Lepas tu Bella cepat-cepat lari dari situ. Malu, Mak Long... tapi dia sebenarnya salah faham masa tu. Bella tak maksudkan dia tua macam Daddy. Bella cuma maksudkan... wajah dia, iras Daddy"
Hening. Tiada lagi tawa.
Mariam terasa lututnya longlai. Tubuhnya seolah-olah kehilangan daya. Dunia seakan berpusing.
“Ya Tuhan… ini takdir atau satu gurauan dari-Mu?”
Ya Allah.....semoga apa yang aku fikirkan ni hanyalah andaian ku semata-mata. Semua ini tak betul. Semua ini tak kan berlaku. Ya Allah...janganlah kau regut kebahagiaan mereka, kebahagiaan orang-orang yang aku sayang.
Dan di hati Mariam, satu pintu masa lalu terbuka sedikit demi sedikit. Mungkinkah pertemuan dengan keluarga Dani nanti akan membongkar cerita yang selama ini dikunci rapi?
Comments
Post a Comment