Bab 5 - Bintang Yang Ku Gapai

 Sudah lima bulan Tamara bekerja di warung Pak Osman. Hidupnya kini jauh lebih tenang walaupun serba sederhana. Setiap pagi, dia akan bangun sebelum subuh, membantu Linda menyediakan bahan-bahan untuk sarapan, mencuci pinggan, menyusun meja, dan melayani pelanggan dengan senyuman yang semakin hari semakin tulus.

Di celah-celah kesibukan itu, ada satu hal yang menjadi penyejuk jiwanya –

Menyanyi 

Tamara menyanyi perlahan sambil membasuh pinggan di dapur. Suaranya merdu dan jernih, cukup untuk membuat Linda yang sedang memotong sayur tersenyum sendiri.

Lagu yg selalu didendangnya ialah Terus Berjuang lagu Jemari Besi 


Jangan menyerah


Terus melangkah


Setiap usaha takkan sia-sia


Hari ini mungkin terasa berat


Tapi esok pasti lebih kuat


Lirik lagu itu seolah2 memberi dia semangat dan kekuatan untuk terus berjaya mencapai impiannya.

Kadang-kadang Linda pun terikut-ikut menyanyikan lagu itu ketika sedang memasak. Mak Zainab selalu mengusik anak daranya itu supaya jangan menyanyi di dapur nanti kahwin dengan orang tua.


Mereka tertawa serentak.

Dan lirik lagu itulah yang senantiasa didendangkan oleh Tamara. Di gerai, di rumah, di beranda, di bilik air dan lagu itu juga yang menjadi lagu kegemaran pelanggan -pelanggan Pak Osman kalau kebetulan Tamara menyanyi dengan kumpulan buskers.

“Kau ni Ara... kalau nyanyi dekat pentas mesti ramai orang terpegun,” usik Linda sambil menjeling.


Tamara tergelak kecil. “Ah... mana ada orang nak dengar suara orang kampung macam aku ni.”

“Tapi suara orang kampung inilah yang buat aku menangis masa kau nyanyi lagu arwah mak kau hari tu...” balas Linda perlahan, matanya sedikit berkaca.


Tamara terdiam. Lagu itu adalah lagu kesukaan ibunya. Sudah lama dia tidak menyanyikannya dengan sepenuh hati. Kadang-kadang, hanya bisikan lirih di waktu malam, menjadi peneman sunyinya.


petang, ketika warung mula lengang, sekumpulan buskers yang biasa menghibur orang ramai di kaki lima berhampiran warung datang berteduh. Salah seorang daripada mereka, Along, memetik gitar sambil menyanyi perlahan.


Tanpa disangka, Linda menjerit dari dapur, “Ara Nyanyi sekali!”


Tamara yang ketika itu sedang mengelap gelas terhenti. Matanya membulat. “Apa?! Linda ni... gila ke?”


Pak Osman muncul dari bilik belakang sambil menyedut rokok. “Nyanyi je la Ara.. bukan selalu dapat peluang.”


Buskers itu pun mempelawa. “Kalau malu, pejam mata je. Kita iring.”


Tamara berdiri teragak-agak. Tapi entah dari mana datang keberaniannya, dia melangkah ke hadapan. Gitar berbunyi perlahan, dan Tamara menarik nafas



Jangan menyerah

Terus melangkah

Setiap usaha takkan sia-sia

Hari ini mungkin terasa berat

Tapi esok pasti lebih kuat



Tak apalah

Asal jangan menyerah

Setiap luka akan membuatku lebih kuat

Hidup tak selalu tentang menang

Tapi tentang bangkit & tetap bertahan


Suara Tamara bergema merdu di ruang kecil warung itu. Mereka yang sedang lalu di kaki lima berhenti. Seorang dua mengangkat telefon, merakam. Mata Linda berkaca, Pak Osman mengangguk bangga.


Bila lagu tamat, tepukan gemuruh bergema dari pelanggan yang baru sahaja menjamu selera. Tamara menutup muka dengan kedua tangan, malu. Tapi di balik rasa segan itu, ada rasa bahagia... kerana buat pertama kali dalam hidupnya, Tamara menyanyi bukan untuk menghibur orang lain, tapi untuk membebaskan hatinya sendiri.


Sejak hari itu Tamara selalu menyanyi dua tiga buah lagi dengan buskers. Dia tahu klu tiba giliran dia menyanyi pasti ramai pelanggan yang datang dan bermakna ramailah yang menyumbang ke dalam kotak buskers yang disediakan. Tamara gembira kerana dapat membantu kawan-kawan buskersnya tapi dia beritahu pada mereka dia tak boleh menyanyi sepenuh masa dengan kumpulan mereka sebab dia ada tugas yang hakiki di gerai Pak Osman.


Comments

Popular posts from this blog

Bab 1 - Yang Hilang Bukan Cinta

Bab 7 - Cinta Yang Tak Pernah Pergi

Bab 2 - Seagung Cinta Ini