Bab 5 - Cinta Yang Tak Pernah Pergi

Yang Hilang Bukan Cinta 


Petang itu suasana dalam apartmen yang disewa oleh Andrian tampak tenang tapi penuh ketegangan yang tak terucap. Di ruang tamu, Lydia duduk bersebelahan suaminya, Andrian. Di hadapan mereka, Hisham dan isterinya, Sofia, hadir sama atas pelawaan Lydia — atas permintaan dua tetamu dari Jakarta yang katanya, ingin menyampaikan sesuatu yang penting.


Pintu diketuk dua kali. Andrian bangun dan membukanya.


“Om Bobby… Tante Jasmine, silakan masuk.”


Jasmine mengangguk perlahan. Bobby kelihatan kaku, wajahnya sugul dan tertunduk. Ini kali pertama dia bersemuka secara rasmi dengan orang-orang yang pernah disakiti oleh rancangan Pak Harun — khususnya, lelaki yang selama ini hanya dia kenali dari jauh.


Bobby memandang ke arah Lydia, kemudian kepada wanita dan lelaki yang duduk di sebelah Lydia.


“Om Bobby… ini Hisham,” katan Andrian tenang.....Ayah kandung Dani, dan isteri Hisham, Sofia".


Bobby teragak-agak. Dia melangkah perlahan ke hadapan Hisham, kemudian berhenti. Beberapa detik dia berdiri kaku sebelum menunduk dalam-dalam.


“Pak Hisham…” katanya, suara bergetar.

“Saya tahu saya bukan siapa-siapa untuk minta maaf… Tapi izinkan saya ucapkan juga… saya minta ampun. Saya ikut rancangan yang salah. Saya lakukan semua ini kerana terpaksa."


Hisham memandang Bobby dalam-dalam. Wajahnya tenang, namun mata menyimpan luka lama yang hampir bernanah. Tapi dia tidak bersuara untuk beberapa saat. Kemudian dia mengangguk perlahan-lahan.


“Terima kasih kerana berani datang…” ujar Hisham akhirnya.

“Berani mengaku kesilapan… itu lebih mulia daripada sembunyi di sebalik kebaikan yang palsu.”

Bobby menunduk sekali lagi, dan duduk perlahan di sofa.

Jasmine duduk di sofa di samping Lydia. Kemudian membuka beg tangannya, dan mengeluarkan satu sampul putih yang tertulis nama “Lydia”.


“Ini…” kata Jasmine sambil menghulurkan kepada Lydia. “Surat dari ayah mu. Dia titipkan sebelum berangkat ke Mekah minggu lalu. Mas Harun... mahu kamu baca sendiri dan juga Mas Har mahu Hisham hadir mendengarkan."


Lydia menggenggam sampul itu erat. Tangannya menggeletar. Sofia, yang duduk di sisi, memegang tangannya — memberi kekuatan dalam diam.


Lydia membuka sampul itu perlahan-lahan, dan mula membaca. Baris demi baris, ayat demi ayat, seperti menoreh kembali luka lama yang belum sempat sembuh.


Lydia, anakku…

Bila surat ini telah sampai ke tanganmu, bacalah ia di hadapan Hisham, agar dia juga mendengar… agar dia tahu semua yang sebenarnya telah terjadi.

Lydia… maafkan Ayah.

Ayah mohon maaf padamu… juga pada Hisham… dan pada Dani.


Ayah telah memisahkan kalian.

Ayah telah melukai kalian berdua… hanya karena Ayah terlalu memandang pada harta, status, dan pangkat. Ayah buta.

Ayah tak ingin Hisham yang sederhana itu menjadi suamimu… menjadi ayah dari cucu-cucu Ayah.


Tapi kini, Ayah sadar… semua itu tidak lebih penting dari kebahagiaanmu.

Dan Ayah telah kehilangan terlalu banyak untuk menyedari hal itu.

Maafkan Ayah, Lydia dari lubuk hati yang paling dalam… Ayah benar-benar menyesal.

Maafkan aku... ayahmu ini telah menjadi manusia yang paling zalim dalam hidupmu.

Ayahlah yang merancang langgar lari yang mencederakan Hisham.”

Ayahlah yang telah mengurung mu di kamar bawah tanah Dan membuat kau percaya bahawa kau telah diculik.

Ayahlah yang memisahkan kamu dari anak dan suamimu.

Ayahlah yang mencipta penculikan palsu terhadap Dani — yang membuat kamu merayu dan berlutut hanya untuk dapatkan anakmu kembali, dengan syarat kau meninggalkan cinta hatimu.

“Ayahlah yang menyuruh Bobby memberitahu Hisham bahawa kamu Dan Dani sudah meninggal di tabrak Mobil Dan membawa Khabar tentang kehilangan Hisham hilang di laut.”

“Semua itu... kerana aku takut kehilanganmu.”


"Dan Om Bobby... jangan salahkan dia. Ayah ugut hidupnya. Jika dia enggan menuruti, ayah akan musnahkan segalanya yang dia sayang.”

“Hari ini, ayah cuma mohon satu... ampun. Ampunkan ayah sebelum ayah menghadap Allah. Jika ayah tak kembali dari Mekah... bacalah surat ini dengan hati yang redha. Kerana ayah pergi... dengan cinta, bukan kebencian.”


Ayahmu, 

Harun Gunawan

Ayahmu, 

Harun Gunawan

Suasana ruang tamu itu sunyi.


Lydia memeluk surat itu ke dadanya, air matanya menitis ke lantai.


"Dia tahu... dia tahu semua yang dia buat menyakitkan. Tapi dia masih ayahku..." ucapnya, antara esak.


Tiba-tiba telefon Andrian berdering. Dia memandang skrin: 'Ayah'


"Assalamualaikum, Rian..." suara Pak Andika di hujung talian penuh hiba.

"Om Harun mu... telah kembali kepada-Nya. Pagi tadi... selepas solat Subuh di Masjidilharam. Dia rebah dan menghembuskan nafas terakhir dalam sujud."


"Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un..." ujar Andrian perlahan. Suaranya bergetar. Dia memandang isterinya dengan hati yg penuh sayu. "Dian....Ayah mu..... meninggal pagi tadi "


Lydia terjelepok ke sisi Sofia. Sofia memeluknya erat.


"Dia pergi... membawa semua dosa dan cintanya bersatu."


Jasmine menggenggam tangan Bobby. Air mata mereka juga tidak tertahan.


"Dia ingin pergi dalam keadaan reda... dan dia mahu kamu semua tahu: Yang hilang selama ini, bukan cinta."

"Yang hilang adalah kebenaran — yang hari ini, akhirnya kembali."


Andrian memeluk bahu isterinya  menenangkan wanita itu 

Dan di ruang tamu apartment itu mereka semua diam — bukan kerana kehilangan, tetapi kerana pertemuan kebenaran akhirnya telah berlaku... dan hati masing-masing kini mula belajar untuk melepaskan.



Comments

Popular posts from this blog

Bab 1 - Yang Hilang Bukan Cinta

Bab 7 - Cinta Yang Tak Pernah Pergi

Bab 2 - Seagung Cinta Ini