Yang Hilang Bukan Cinta
Pagi itu sunyi. Hanya bunyi sudu berlaga di dalam cawan dan bunyi burung di luar tingkap yang menemani sarapan mereka. Hisham duduk bersebelahan isterinya di meja makan, tetapi fikirannya jauh melayang. Roti bakar di pinggan pun belum disentuh.
Sofia menuangkan sedikit lagi kopi ke dalam cawan suaminya
"Sayang... Bella dan Ryann mana?"
Lydia:
"Ryann dah keluar awal pagi lagi, bang. Katanya ada perjumpaan pelajar. Hmm... Bella masih juga macam tu. Terperap saja dalam bilik dari semalam."
Hisham memandang ke arah tangga yang sunyi, lalu mengeluh perlahan.
Hisham:
"Sudah seminggu dia macam tu. Dia masih belum dapat hubungi Dani lagi?"
Lydia:
"Belum... sebab tu lah dia makin diam. Bila saya ketuk pintu pun dia cuma jawab pendek. Saya pun risau, bang."
Hisham:
"Abang dah cuba hubungi Andrian, tanya pasal Dani. Katanya dia dah cuba hubungi Bobby juga... tapi Bobby kata sejak dia dan isterinya pulang ke Jakarta, mereka tak jumpa Dani langsung."
Lydia:
"Saya pun ada bercakap dengan Lydia... maksud saya, ibu Dani. Katanya dia pun risau sebab Dani tak jawab panggilan telefon. Katanya mungkin dia nak balik ke Jakarta, nak cari Dani sendiri."
Hisham:
(Keningnya berkerut, suara makin perlahan)
"Kemana perginya Dani? Abang pun risau… bukan saja risaukan Dani, tapi abang juga risaukan Bella. Dia dah cukup terluka sebelum ni."
Lydia:
(Perlahan-lahan menyentuh tangan suaminya)
"Kalau Dani tinggalkan Bella tanpa khabar... saya takut Bella tak kuat kali ni, bang."
Hisham memejamkan mata sejenak. Dalam hatinya, dia tahu… kehilangan bukan sesuatu yang mudah ditelan—apatah lagi bagi anak gadisnya yang baru belajar mencintai.
-----
Hisham cepat-cepat menghabiskan sarapannya. Hatinya berat, penuh bimbang. Tanpa banyak bicara, dia bangun dan segera melangkah ke tingkat atas. Langkahnya laju, kedengaran tegas menapak anak tangga satu persatu. Di hadapan pintu bilik Bella, dia berdiri seketika sebelum mengetuk perlahan.
Hisham:
(mengetuk dua tiga kali)
“Bella… ini Daddy. Buka pintu ni, sayang… turun dan sarapan ya. Mummy dah tunggu di bawah.”
Tiada sahutan.
Hisham:
“Kasihanlah pada Mummy, Bella. Hari-hari Bella tak keluar dari bilik… Daddy dan Mummy risau.”
Masih sunyi. Tiada suara, tiada langkah.
Hisham:
(nada semakin memujuk)
“Bella… buka pintu ni sayang. Jangan buat Mummy risau dan menangis tiap hari. Bella tak tengok ke keadaan Mummy? Dia dah semakin kurus risaukan Bella…”
Pintu berbunyi. Perlahan-lahan, tombol dipulas. Pintu terbuka. Hisham menarik nafas lega lalu melangkah masuk. Di dalam bilik yang sedikit suram, Bella duduk di hujung katil, memeluk lututnya. Tubuh kecilnya bergegar menahan esak tangis.
Hisham:
(lembut, mendekat dan duduk di sisi)
“Bella… sabar, sayang. Insya-Allah Dani pasti akan datang ke sini. Ibu bapa dan adiknya masih di sini. Tentu dia akan rindu pada mereka… terutama pada Bella.”
Hisham mengusap rambut Bella, membelainya penuh kasih seperti waktu Bella kecil.
Bella:
(dalam tangisan)
“Dani tak pernah macam ni, Daddy… tak pernah tak balas bila Bella call… atau WhatsApp. Bella risau… risau sangat kalau ada perkara buruk jadi padanya.”
Hisham:
“Shhh… jangan fikir bukan-bukan. Fikiran kita tu satu doa, Bella. Kita doakan yang baik-baik saja untuk Dani. Uncle Bobby pun tengah cari Dani di Jakarta. Kita usaha dan kita doa, ya?”
Hisham menahan keluhan di dada. Rasa kehilangan itu terlalu dia kenal. Tapi kali ini, dia harus jadi kekuatan untuk anak gadisnya.
Hisham:
“Marilah turun dengan Daddy dulu. Mummy dah lama tunggu… kasihan dia.”
Perlahan-lahan Bella angkat wajah. Matanya bengkak, pipinya basah. Tapi dia mengangguk. Hisham tersenyum kecil, lalu menggenggam tangan Bella dan memimpinnya keluar dari bilik.
---
Di ruang makan, Sofia sedang duduk termenung. Mendengar langkah kaki, dia menoleh. Matanya terus berkaca apabila melihat Bella melangkah perlahan-lahan bersama Hisham.
Sofia segera bangun dan menyambut anak gadisnya dengan pelukan erat.
Sofia:
“Bella… sayang… sabar ya. Dani pasti akan datang menemui mu…”
Mereka berdua tenggelam dalam pelukan, menangis teresak-esak. Dalam pelukan itu, Sofia memejamkan mata. Hatinya perit melihat kesedihan Bella.
Namun jauh di lubuk hatinya, satu kenangan lama kembali berputar — kisahnya sendiri hampir tiga dekad yang lalu, sewaktu dia pernah menunggu seseorang dengan penuh harapan… tapi Andrian tak pernah kembali.
Sofia (monolog dalam hati):
"Aku tak mahu sejarahku berulang pada Bella. Ya Allah… lindungilah Dani. Pulangkan dia kepada anakku."
Mereka masih duduk di ruang tamu selepas sarapan. Bella diam membisu di sisi ayahnya. Wajahnya tertunduk, sesekali mengelap sisa air mata yang belum kering. Hisham memegang tangan Bella, mengelus lembut seperti sewaktu dia masih kecil.
Hisham:
"Sayang… Daddy tahu, rasa rindu dan risau itu menyakitkan. Tapi Bella kena kuat. Jangan patah semangat begini. Daddy nak Bella dengar betul-betul apa Daddy nak cakap."
Bella hanya mengangguk perlahan, matanya masih berkaca.
Hisham:
"Untuk bersama seseorang itu, sayang… bukan hanya perlukan cinta. Kadang-kadang ia juga perlukan pengorbanan. Ia perlukan kasih sayang… simpati… bertolak ansur… saling mempercayai… dan menghormati satu sama lain."
Bella mengangkat sedikit wajah, mendengar setiap kata-kata ayahnya dengan hati yang pedih.
Hisham:
"Percayalah pada Dani. Dia bukan jenis yang akan pergi begitu saja. Kalau dia diam… kalau dia menghilang… pasti ada sebabnya. Dan Daddy yakin, bukan kerana dia mahu lukakan Bella."
Hisham: (suara sedikit perlahan, penuh makna)
"Dani dah tahu dia anak kandung Daddy… Tapi dia tetap hormatkan keluarga ini. Dia sayang Bella. Malah, sebelum dia pergi… dia pesan pada ibunya supaya Bella tak buat perkara yang mengecewakan ibu dan ayah kamu berdua."
Air mata Bella mengalir semula, tapi kali ini dia cuba menahan esaknya. Kata-kata itu menyentuh hatinya.
Hisham:
"Itu tandanya dia masih waras, sayang. Dia terima takdirnya. Dia terima siapa dirinya dan siapa keluarganya. Ayah percaya, bila Uncle Bobby jumpa dia nanti… dia akan ceritakan semuanya pada Dani."
Hisham menggenggam erat tangan Bella.
Hisham:
"Ayah akan terus cuba hubungi Uncle Bobby. Kita akan cari Dani. Tapi sementara tu… Bella kena sabar. Dan yang paling penting… Bella kena berdoa. Doakan Dani selamat, di mana pun dia berada. Doakan Allah jaga dia… dan kuatkan hatinya, sama seperti Bella sekarang."
Bella mengangguk perlahan sambil menyandarkan kepalanya ke bahu ayahnya. Tangisnya semakin perlahan. Di dalam hatinya, dia tahu… dia tak sendiri. Dan dia akan terus berharap.
Setelah beberapa lama mereka duduk dalam diam, Sofia mengusap belakang Bella perlahan. Melihat anak gadisnya yang selalu ceria kini larut dalam kesedihan, hatinya luluh. Namun dia tahu, dia harus menjadi suara ketenangan.
Sofia:
"Sayang... boleh tak Mummy cakap sesuatu?"
Bella mengangguk perlahan, memandang ibunya dengan mata yang sembap.
Sofia:
"Dalam perhubungan… kita bukan saja perlukan cinta, tapi kita juga perlu saling menghormati pasangan."
Sofia menggenggam tangan Bella, suaranya lembut dan tenang.
Sofia:
"Maksud menghormati tu… menghargai pendapat mereka, perasaan mereka, dan ruang peribadi mereka. Setiap orang ada cara tersendiri untuk menghadapi sesuatu. Dani mungkin perlukan masa. Dia mungkin perlukan ruang."
Bella tunduk, mendengar dengan penuh hati yang sedang goyah.
Sofia:
"Kita juga perlu hormati keputusan yang dibuat bersama. Jangan rendahkan pasangan di depan orang lain, jangan persoalkan keikhlasan mereka hanya kerana kita keliru. Dalam cinta… kita belajar percaya. Kita belajar faham."
Sofia menyentuh pipi anaknya, mengelap sisa air mata yang mengalir.
Sofia:
"Dan satu perkara lagi yang sangat penting, sayang — kesetiaan. Bila kita setia, kita memberi hati kita sepenuhnya. Kesetiaan itulah yang membina dan mengekalkan kebahagiaan dalam hubungan."
Sofia: (menghela nafas panjang)
"Tanpa kesetiaan… cinta akan mudah tercalar. Rasa ragu-ragu boleh bawa kepada salah faham… dan akhirnya perpisahan."
Bella menatap ibunya, terasa begitu dekat kata-kata itu dengan hatinya.
Bella:
"Dani… dia setia, kan Mummy?"
Sofia:
"Kalau tidak, dia tak akan sanggup sembunyikan luka dia demi Bella. Dia tak akan pesan pada ibunya supaya jaga Bella baik-baik."
Sofia tersenyum penuh sayang.
Sofia:
"Percayalah, sayang… kalau cinta kalian benar, dan jika Allah mengizinkan, tak ada apa yang boleh memisahkan kamu berdua. Tapi sementara itu, kuatkan hati. Jaga diri. Doakan dia, bukan dengan tangisan… tapi dengan keyakinan."
Bella menarik nafas dalam-dalam. Tangisannya reda sedikit. Dalam pelukan ibunya, dia mula merasa sedikit kekuatan yang hilang sejak Dani menghilang.
Bella:
"Daddy... Mummy... Bella nak minta izin hari ni nak keluar. Bella nak tengok pantai… tengok laut dan ombak… untuk tenangkan diri."
Hisham menoleh perlahan ke arah anak gadisnya. Sofia di sisinya mengukir senyum lembut sambil mengusap rambut Bella penuh kasih.
Hisham:
"Nak ke pantai mana tu Bella?"
Bella:
"Pantai yang Daddy pernah ceritakan pada Bella dulu... tempat Daddy pernah ada gerai jual satay."
Mendengar itu, Hisham tergelak kecil. Matanya berkaca dengan memori yang jauh ditinggalkan.
Bella:
"Pantai yang banyak kenangan, kan Daddy? Kenangan bersama ibu Dani."
Hisham hanya mengangguk sambil tersenyum. Tapi senyum itu tak mampu sembunyikan hatinya yang tiba-tiba rasa tersentak — seperti disiat perlahan-lahan oleh kenangan lama.
Hisham:
"Ahhh... lupakanlah. Itu cerita lama."
Dia mengalihkan pandangannya daripada wajah Sofia, risau andai wanita itu mampu membaca rahsia hatinya hanya melalui sepasang mata.
Bella:
(nakal bertanya)
"Daddy takut Mummy marah?"
Sofia ketawa perlahan. Dia menggeleng dan memandang Bella dengan wajah tenang.
Sofia:
"Tidak, sayang. Mummy tak marah. Tiada siapa mampu menghapuskan kenangan seseorang… apatah lagi kalau kenangan itu kenangan yang manis, yang boleh buat seseorang tersenyum… walaupun sebenarnya pahit."
Dia menggenggam tangan suaminya dan memandangnya penuh yakin.
Sofia:
"Mummy percaya pada Daddy. Mummy tahu Daddy takkan kecewakan atau sakiti hati Mummy. Mummy tahu Daddy akan terus setia. Sebab itu… dalam hubungan, kepercayaan itu penting. Tanpa kepercayaan, cinta pun takkan bertahan lama."
Bella memeluk ibunya erat-erat, seakan menyedut kekuatan daripada kasih sayang itu. Hisham pula memandang isterinya dengan mata yang semakin basah. Dia menggenggam jari-jemari Sofia dan mengucupnya penuh kasih.
Hisham:
"Terima kasih, sayang..."
Itu sahaja yang mampu dia lafazkan, kerana dadanya terlalu sebak. Dalam diam, dia tahu... Sofia wanita luar biasa.
Bella:
"Daddy… romantiknya!"
Dia ketawa kecil, cuba menceriakan suasana.
"Semoga Dani pun akan cinta pada Bella seperti mana Daddy cintakan Mummy."
Sofia memandang Hisham dengan senyum yang penuh kedamaian. Hisham membalas senyuman itu sambil menahan rasa syukur yang tak terucap.
Senyuman kembali menghiasi wajah Hisham dan Sofia apabila melihat Bella sedikit demi sedikit mengumpul semangatnya semula. Walaupun hatinya masih luka, sekurang-kurangnya dia tidak lagi terperap di bilik dalam dunia sendiri.
Hisham:
"Baiklah," katanya sambil menepuk perlahan tangan Bella.
"Daddy dan Mummy izinkan Bella pergi ke pantai tu. Tapi jangan lama-lama di sana ya. Nanti matahari dah terik, tempat tu panas."
Bella:
"Baik Daddy..."
Sofia:
"Tapi sebelum keluar, sarapan dulu ya. Mummy ada buat nasi lemak. Mummy masak khas untuk Bella pagi ni. Bella kena makan banyak hari ni… sebab dah berapa hari Bella tak selera makan. Nanti sakit."
Suaranya lembut tetapi penuh kasih seorang ibu yang menanggung kerisauan dalam diam.
Bella:
(tersenyum sedikit)
"Baik Mummy… baik Daddy… thanks you for your support and love."
Bella mendekati kedua-dua ibu bapanya lalu mengucup pipi mereka penuh hormat dan kasih.
Hisham (monolog dalam hati):
"Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah... Dia kembali… dia kembali menjadi Bella kami. Puteri kesayangan kami."
Dia memandang Sofia yang juga tersenyum lega. Dalam diam, mereka saling tahu — dugaan ini belum selesai, tapi hari ini… mereka sudah selangkah ke depan.
-----
Dalam suasana yang semakin tenang dan mesra pagi itu, selepas suapan terakhir nasi lemak dihabiskan, Bella duduk bersandar santai di sofa sambil memandang kedua ibu bapanya yang turut tersenyum senang melihat dirinya kembali ceria.
Bella:
"Mummy... Daddy... Bella nak cerita sesuatu. Kali pertama Bella nampak Dani dulu... Bella terus rasa macam pernah kenal dia."
Sofia menoleh sambil tersenyum, sementara Hisham mengangkat kening ingin tahu.
Bella:
"Waktu tu Bella cakap kat Dani, muka dia macam Ayah Bella."
Sofia:
"Haa? Serius Bella cakap macam tu dekat Dani?"
Bella:
(ketawa kecil)
"Yup! Tapi masa tu... Dani terus marah Bella! Dia baling kertas yang dia dah renyuk-renyuk tu ke arah Bella. Dia kata, 'Kenapa lu bilang gue udah tua kayak bokap lu?'"
Bella:
(sambil mengajuk gaya loghat Indonesia Dani)
"'Apa? Gue tua kayak bokap lu?!'"
Ketiga-tiganya meletus ketawa. Hisham tergelak sampai tepuk lutut, matanya berair kerana terlalu lucu.
Hisham:
"Hahaha… alamak, Dani betul-betul tersinggung tu! Tapi comel juga dia marah!"
Bella:
"Tapi esoknya... dia datang cari Bella. Dia minta maaf. Dia tanya lagi, 'Eh, Bella… serius muka gue kayak bokap lu ya?' Dengan muka serius dia tu..."
Sofia:
"Alahai... Dani!"
Bella:
"Bella pun jelaskan la... wajah dia ada iras Daddy — kulit putih, hidung mancung… tinggi pun lebih kurang. Tapi Dani cepat-cepat balas, 'Tapi gue lebih ganteng kan?'”
Ketawa sekali lagi bergema dalam ruang tamu itu. Suasana yang sebelumnya suram kini kembali hangat dengan memori indah.
Bella:
"Sejak tu… kami makin rapat. Dia mula hormati dan lindungi Bella. Lama-lama… Bella tak nampak dah wajah Daddy pada Dani. Bella cuma nampak Dani. Bukan lagi bayang-bayang Daddy."
Sofia menggenggam tangan Bella, penuh sayang. Hisham mengangguk perlahan, senyumannya mendalam tapi matanya sedikit berkaca.
Hisham:
"Itu tandanya Bella dah benar-benar sayang pada dia, bukan sebab dia macam siapa-siapa… tapi sebab dia siapa diri dia yang sebenar."
Sofia:
"Dan kalau cinta tu ikhlas… ia tak perlu gantikan sesiapa. Ia hadir sebagai anugerah, bukan pengganti."
Bella hanya tersenyum sambil memeluk kedua ibu bapanya erat. Walau hatinya masih mencari seseorang yang hilang, saat itu, dia tahu… dia masih punya cinta yang tidak pernah hilang dari sekelilingnya.
Comments
Post a Comment