Bab 1 - Yang Hilang Bukan Cinta
Yang Hilang Bukan Cinta BAB 1 Angin laut terus berhembus perlahan, membawa bersama kenangan yang sukar dikikis dari hati Hisham. Laut yang luas dan tenang itu seolah-olah mengingatkan dia betapa kecil dan rapuh dirinya kini. Sudah setahun arwah ayah pergi, meninggalkan dia dan ibunya bergelut sendirian. Sarimah — atau orang mengenainya sebagai Mak Imah — wanita tabah yang selama ini menjadi tulang belakang keluarga, kini terpaksa memikul beban seorang diri. Perniagaan kecil menjual satay di tepi jalan yang dahulunya hanya sampingan, kini menjadi sumber utama rezeki mereka. Setiap malam, Hisham melihat ibunya pulang dalam keadaan letih, batuknya tidak pernah surut, wajahnya semakin cengkung. Namun, wanita itu tetap memaksa diri berniaga demi menyambung hidup. Hisham mengetap bibir. Keputusan untuk berhenti dari universiti bukan mudah. Tiga tahun dia berhempas pulas dalam bidang kedoktoran, menahan tekanan dan keletihan demi mengejar cita-cita menjadi doktor. Tapi tanggungjawab terhadap ...

Comments
Post a Comment