Bab 9 - Bintang Yang Ku Gapai

Suasana dalam studio rakaman sunyi, hanya diselang-selikan dengan suara Tamara yang sedang menyanyikan lagu terakhir untuk albumnya. Suaranya lembut dan penuh emosi, menyatu indah dengan muzik latar. Di sebalik cermin kaca, penerbit album mengangguk perlahan, berpuas hati dengan persembahan Tamara. Mereka bekerjasama dengan harmoni sejak hari pertama — saling memahami dan saling menghormati.


Namun tidak semua di dalam studio itu seikhlas penerbitnya.


Rahmat, salah seorang krew teknikal, sejak awal lagi tidak senang duduk. Pandangannya terhadap Tamara sentiasa penuh niat terselindung. Beberapa kali dia cuba mendekati Tamara secara peribadi, namun Tamara menolak dengan cara baik.


Petang itu, ketika sesi rakaman hampir selesai, Rahmat sekali lagi menghampiri Tamara, kali ini lebih berani. Tangannya secara sengaja menyentuh bahu Tamara.


Tamara terkejut dan menepis, wajahnya berubah.


"Apa awak buat ni?!" bentaknya, menjauh.


Penerbit album yang menyaksikan kejadian itu segera bangkit.

"Rahmat! Kau dah melampau!" tengkingnya lantang di hadapan semua krew.


Rahmat kelihatan gugup, namun sempat memandang Tamara tajam sebelum menunduk.

"Maaf, saya... saya tak sengaja," katanya perlahan, berpura-pura insaf.


Tamara diam, tapi hatinya tidak tenang. Ada sesuatu dalam pandangan Rahmat yang membuatnya meremang.


---


Rakaman tamat lewat petang itu. Tamara mengemas barang-barangnya dan terus menuju ke tempat letak kereta bawah bangunan. Suasana agak sunyi, hanya beberapa buah kereta tersusun rapi di bawah lampu malap.


Langkahnya terhenti apabila terasa ada tangan kuat memeluknya dari belakang.


"Kat dalam kau bolehlah berlagak dengan aku ya..." bisik satu suara kasar ke telinganya. Nafasnya mendesah panas di leher Tamara.

"Di sini… kau makanan aku."


Tamara menjerit dan meronta-ronta, namun tangan lelaki itu menekup mulutnya. Dia cuba menendang, tapi lelaki itu terlalu kuat. Dia diseret ke arah sebuah kereta yang berhenti tidak jauh dari situ. Satu tangan lelaki itu sedang cuba membuka pintu.


Dengan segala kudrat yang tinggal, Tamara memiringkan kepala dan menggigit tangan lelaki itu sekuat hatinya.


"Aaaaaarghhh!" lelaki itu menjerit dan terlepas pegangan.


Tamara menolak tubuh itu sekuat hati, tapi lelaki itu sempat menarik tangannya semula. Lengan bajunya terkoyak dalam pergelutan.


"Tolonggg!" jerit Tamara sekuat hatinya.


Tiba-tiba, sebuah tumbukan padu singgah ke wajah lelaki itu. Dia jatuh terduduk, darah mengalir dari bibirnya. Tamara terkejut. Lelaki yang menyelamatkannya berdiri tegak, wajahnya tegang.


Rahmat cuba bangun, tapi satu lagi tumbukan menghentam dagunya, membuatnya terhuyung-hayang dan tidak mampu melawan. Darah menitis ke tanah.


Lelaki itu berpaling ke arah Tamara.

"Rania…?"


Tamara mengangguk perlahan, tubuhnya menggigil.

"Terima kasih... saya nak balik... tolong..."


Lelaki itu segera mengambil beg tangan dan telefon Tamara yang tercampak ke tanah, lalu menyerahkannya kepadanya. Rahmat, dalam keadaan terhincut-hincut, masuk ke dalam keretanya dan memecut pergi.


"Terima kasih, Encik..." ucap Tamara, suara tersekat.


"Awak okey?"


Tamara mengangguk.


"Awak nak lapor polis?"


Tamara menggeleng, menunduk.

"Saya kenal dia..."


"Kalau begitu, biar saya hantar awak balik. Saya Armand. Jangan risau... saya kenal Cik Rania. Saya wartawan."


Tamara teragak-agak. "Saya ada kereta... saya balik sendiri. Tapi... kalau Encik Armand tak ada tadi, entah apa jadi pada saya."


"Tak apa. Saya escort awak sampai ke rumah. Kereta saya di sebelah kereta awak saja," katanya sambil menekan alat kawalan jauh. Lampu keretanya berkelip.


Tamara mengangguk dan masuk ke dalam keretanya. Armand mengekori dari belakang.

"Aku mesti tulis kejadian tadi....." Kata Armand sambil memegang steeringnya dengan kemas.


---


Setibanya di kawasan apartment mewah "Rizqin Suites", Tamara terus memandu ke tempat parkir yang dikhaskan. Armand berhenti tidak jauh darinya.

"Betul awak tak nak buat laporan polis?" soal Armand lagi.

"Tak apa... kalau dia berani buat lagi, baru saya buat."

Armand menarik nafas panjang. Jangan nanti dah jadi lebih parah baru nak lapor... bisik hati kecilnya.


"Saya hantar awak naik?"


"Tak perlu... saya dah call kakak saya turun. Maaf....maaf....Saya masih trauma..." ujar Tamara sambil menutup lengannya yang terdedah akibat baju koyak.


Beberapa saat kemudian, lif terbuka dan Linda muncul.


"Hai! Armand!" jerit kecil Linda terkejut.


"Lin? Awak tinggal sini ke?"


"Aaah... kadang-kadang saja. Kebetulan tukang masak baru dah mula kerja, boleh balik awal sikit hari ni," kata Linda sambil tertawa.


Tamara memandang mereka berdua. "Kenal ke?"


"Kenal..." jawab mereka serentak, lalu ketawa bersama.


"Ini cousin Kak Lin... anak Pak Ngah. Ingat tak dulu, kita tumpang bilik dia masa nak pergi uji bakat?  Inilah tuan punya bilik tu" jelas Linda.


Tamara tersenyum kecil. "Ingat... ingat."


"Jom naik dulu," pelawa Linda pada Armand.


"Terima kasih Lin....Tak apalah... next time. Saya nak cepat," balas Armand sambil melihat jam tangannya.


Linda menoleh pada Tamara, matanya penuh bimbang. "Kenapa ni, Ara? Baju sampai koyak?"


"Nanti Ara cerita, Kak," jawab Tamara perlahan.


"Tak pernah Ara suruh Kak turun ambil…"


"Terima kasih sekali lagi, Encik Armand," ucap Tamara.


"Sama-sama... naiklah. Take care," pesan Armand.


"See you again," sapa Linda kepada sepupunya.


Linda memaut lengan Tamara dan membawa adiknya masuk ke dalam lif yang terbuka perlahan-lahan.

-------


Pintu apartment itu tertutup perlahan.

Tamara berdiri di balik daun pintu, diam dan kaku. Wajahnya kelihatan pucat. 

Masih terasa degupan kencang di dadanya —

bayang Rahmat, suara garaunya, tangan kasarnya.

Dan kini, hanya kesunyian menemani.


Di luar, Armand berdiri seketika.

Dia menghela nafas dalam-dalam sebelum berpaling ke lif.

Wajahnya tegang — bukan kerana takut,

tetapi kerana satu perkara sedang bermain di fikirannya.

---

Setibanya Armand di apartmentnya, dia terus mencapai laptop dan duduk  dikerusi di hadapan meja tulis di ruang tamu. Kemudian dia membuat panggilan kepada Linda, sepupunya.

> “Hello, Linda?”


> “Ya, Man….dah sampai di rumah?”


" Dah.....aku nak bercakap dengan Riana, boleh tak?"


> “Tentang apa?”


> “Tentang kejadian tadi. Serangan tu.”


Linda diam sejenak. Di seberang sana, dia bangkit dari sofa dan masuk ke bilik.


> “Terus terang, aku rasa benda tu patut dirahsiakan, Man. Rania masih trauma.”


> “Aku tahu. Tapi dengar dulu…..kau tau aku wartawan kan ...”


---

 Armand Jelaskan Niatnya


> “Aku wartawan, Lin. Ini bukan soal cerita sensasi. Tapi ini kisah benar yang boleh beri kesedaran kepada ramai wanita. Tentang keselamatan artis wanita, tentang gangguan, tentang keberanian. Tapi aku takkan sesekali dedahkan nama dia, lokasi kejadian, atau siapa penyerang tu. Aku cuma nak tulis dalam bentuk kisah umum, tanpa identiti.”

Linda tidak terus menjawab. Dia memandang ke arah pintu bilik Tamara yang tertutup.


> “Kau nak tanya dia sekarang? Kau cakap dengan dia terus, lagi senang”


> “Tanya bila dia tenang. Kalau dia tak izinkan, aku takkan tulis. Aku cuma minta peluang.”


---


⏳ Beberapa Minit Kemudian...


Telefon Armand bergetar.


[Panggilan masuk: Linda]


> “Man… aku dah cakap dengan dia.”


> “Dan?”


> “Dia setuju. Tapi dengan syarat yang kau dah janji tadi. No names, no location, no Rahmat.”


Armand mengangguk perlahan, terasa lega di dadanya.


> “Aku hormat permintaan dia. Terima kasih, Lin"

"Sama-sama " jawab Linda

"Lin....Rania tak nak cakap dengan aku ke?"

Lama tiada jawapan dari Linda.

"Man.... Rania di sini. Awak cakaplah dengan dia"

Kemudian terdengar Suara yang lembut dihujung sana.


"Hello.....Encik Armand"

"Cik Rania....." Suara Armand bergetar. 

"Ok....saya setuju seperti yang Linda katakan tadi." Kata Rania. 

Panggilan telefon yang pada mulanya hanya untuk menyampaikan satu pesanan kerja, tiba-tiba menjadi lebih daripada itu. Suara Rania yang muncul di talian begitu merdu — bagai alunan lembut yang menggetarkan dada Armand tanpa dia sedar.


“Saya setuju dengan apa yang En. Armand kata pada Linda tadi,” ujar Rania perlahan.


Armand yang sedang berdiri di beranda pejabatnya menarik nafas dalam-dalam. Dia memejamkan matanya seketika, membiarkan kata-kata itu meresap masuk ke ruang hatinya yang selama ini cuba ditahan-tahan.


“Betul?” soalnya perlahan, hampir seperti tidak percaya.


“Betul…” jawab Rania ringkas, suaranya masih tenang tapi penuh maksud.


Armand tersenyum, senyuman yang hanya dia sendiri faham maknanya.


“Rania tahu kah apa yang saya katakan pada Linda tadi?” tanyanya sambil tergelak kecil, nada suara mula berubah kepada lebih lembut dan menggoda.


Tiada jawapan dari hujung talian.


“Saya kata pada Linda… saya nak kenal awak dengan lebih dekat lagi,” bisiknya, suara itu jatuh seperti embun yang menitis ke tanah kering.


Talian masih sunyi, tapi kemudian kedengaran ketawa kecil dari Rania. Armand dapat bayangkan wajah itu — senyum manja, mata yang meliar tapi penuh rahsia.


“Boleh kan?” soalnya, kali ini lebih berani.


Sebelum sempat Rania membalas, suara Linda menyampuk.


“Armand…” nada suara Linda sedikit tegas, tapi mengandung ketawa yang cuba ditahan.


“Okay… okay… I’m sorry, Rania. Aku cuma bergurau saja…” Armand ketawa, cuba menutup rasa malu yang makin menghimpit dada.


“Ohhh… ye ke? Cuma bergurau saja?” Rania bersuara akhirnya, dengan nada sinis yang halus. Kali ini ada tikaman kecil pada ego Armand.


“Tak… tak… Cik Rania…” Armand segera membetulkan ayatnya, suara cemas, penuh penyesalan. Tapi... sudah terlambat.


Talian di hujung sana menjadi senyap.


Beberapa saat kemudian, suara Linda menyapa semula. “Hello… Armand?”


“Lin… I’m so sorry,” ujar Armand cepat-cepat.


“Hah… dah kenapa pula?”


“Tadi aku tersilap cakap. Okay… okay… aku salah. Bagi tahu kat Rania… aku akan terbitkan tulisan aku seperti yang dia nak. Aku janji.”


Linda ketawa kecil. “Baik… nanti aku bagi tahu Rania. Dia dah masuk ke bilik.”


Armand menghela nafas. Di sebalik gurauan tadi, hatinya sendiri tertanya-tanya...

Adakah dia benar-benar hanya bergurau? ? Atau sebenarnya dia sendiri sudah lama berharap Rania akan buka pintu hatinya... walau hanya sedikit.

---


✍️ Seorang Wartawan Menulis Dengan Hati


Malam itu, Armand duduk di meja kecil dalam biliknya.

Cahaya lampu meja memancar suram, cukup untuk menyinari lembaran nota dan skrin laptopnya.


Dia mula menaip.


Bukan sebagai wartawan yang mencari cerita panas.

Tetapi sebagai lelaki yang menyaksikan sendiri ketakutan seorang wanita,

dan keberanian yang timbul daripada serpihan trauma.


> “Malam tadi, seorang penyanyi wanita terkenal diserang ketika keluar dari sesi rakaman. Dia bukan sekadar mangsa, dia adalah simbol kekuatan. Dan tanpa mendedahkan identitinya, kisah ini ditulis demi suara mereka yang masih takut bersuara.”


-----

Jadual Tamara kini penuh dari pagi hingga ke malam. Studio rakaman, sesi fotografi, penggambaran iklan, panggilan temu ramah, dan jemputan ke pelbagai program hiburan — semua datang tanpa henti. Nama Rania Abraham mula menjadi sebutan. Wajahnya menghiasi muka depan majalah remaja. Lagu-lagunya sering diputarkan di radio.


Namun, di sebalik segala kegemilangan itu, Tamara terasa asing dalam dunia yang dia impikan sejak kecil.


Di bilik persalinan studio rakaman, dia duduk seorang diri menghadap cermin besar. Wajahnya yang bersolek kelihatan sempurna, tapi mata itu menyimpan seribu satu letih dan rindu. Rindu pada kehidupan yang tenang, pada arwah ibunya, pada ayahnya, kampung halaman dan pada zaman ketika dia belum dikenali sesiapa.


Telefon bimbitnya berdering. Nama Armand tertera.


> “Semuanya okay?”

Suara itu seperti ada sesuatu kuasa pada jantungnya. 

Tamara membalas, “Letih.” Namun dia tersenyum. 


“Awak perlu rehat... Jangan paksa diri sangat,” suara itu datang perlahan, namun penuh ketegasan dan ketulusan. “Saya akan pastikan awak ada ruang untuk bernafas.”


Tamara memejamkan matanya sejenak. Suara itu... suara yang telah lama menjadi sumber kekuatan dalam diamnya. Suara yang tak hanya menenangkan, tetapi membuat jiwanya terasa dilindungi, disayangi, dihargai.


Dia tidak berkata apa-apa. Hanya diam. Tetapi dalam diam itu, dadanya bergelora. Rindu yang selama ini cuba dikuburkan, kini muncul semula—hangat dan tajam. Dia rindu suara itu. Rindu kata-kata itu. Rindu kepada seorang lelaki yang hadir seperti bayang—tenang, namun sentiasa ada saat dia goyah.


Tiba-tiba terasa seperti dunia yang sesak ini memberi ruang. Hanya kerana satu suara. Suara Armand.

Armand… sejak insiden di tempat letak kereta diserang Rahmat tempoh hari, lelaki itu semakin dekat di hatinya. Dia bukan sekadar wartawan yang mengejarnya untuk cerita panas. Armand kini seperti tembok kukuh yang melindunginya dari tekanan dunia luar. Dia tahu bila perlu bicara, dan bila perlu diam. Dia hadir bila Tamara perlukan seseorang — tanpa diminta.


Walaupun begitu, Tamara masih belum berani menyerahkan sepenuhnya isi hatinya. Dia pernah dikhianati. Pernah merasa kehilangan. Dan dia tahu — dunia hiburan ini tak pernah menjanjikan keikhlasan.

---

Malam itu, di bilik hotel selepas satu program rakaman, Tamara menulis di dalam buku diari peribadinya:


> “Saya mula rasa takut untuk bahagia. Takut bila ketawa terlalu lama. Takut bila hati terlalu yakin. Tapi Armand… dia lain. Dia hadir bukan waktu saya kuat, tapi waktu saya paling rapuh. Mungkin, ini tandanya… saya tak keseorangan lagi.”

Comments

Popular posts from this blog

Bab 1 - Yang Hilang Bukan Cinta

Bab 7 - Cinta Yang Tak Pernah Pergi

Bab 2 - Seagung Cinta Ini